Wednesday, February 16, 2011

Tinta pertama

Hai.. Akhirnya siap jugak blog nie walaupun belum complete sepenuhnya edisi mengedit tapi kira siap lah jugak kan..(hehehe).. Sweet Corn Sour Plum.. Kehidupan kita nie pelbagai. Banyak perbezaan kan. bagi saya, kehidupan  nie manis seperti sweet corn tapi masam seperti plum.. Kenapa sy kata buah plum masam?? sebenarnya ia masam masam manis.. Walaupun masam kita makan jugak kan. sama dengan kehidupan kita, teruk camner pun kiter tetap kena hadapi..

Sebenarnya,  sy suka melihat keadaan sekeliling, suka melihat gelagat dan telatah orang di sekeliling sy. macam-macam perkara yang akan kita jumpa bila kita berada di tempat yang ramai orang kan. sy juga seorang yang mencintai alam semulajadi. mendaki gunung adalah aktiviti di masa terluang sy. Melihat keindahan alam membuatkan fikiran kita tenang, hati kita rasa damai dan sejuk. Sesekali melarikan diri dari kesibukan kota untuk melihat keindahan dan nyaman nya persekitaran hutan dan gunung. Hiking memerlukan daya tahan mental dan fizikal yang kuat. bak kata orang, semakin dekat kita dengan puncak semakin kuat tekanan yang kita rasa. tapi apabila sudah berada di puncak hilang semua keletihan, dan yang kita rasa hanyalah kepuasan.

Sy baru sy tamat pengajian tapi banyak lagi yang perlu sy pelajari. kehidupan kita nie singkat so, manfaat lah sebaik mungkin. tidak semua yang indah berada di depan kita, kadang kala pahit menghadang di pertengahan..

wasalam..

0 comments:

Post a Comment

sweet corn