Monday, December 19, 2011

Kasih dan Sayang.. :)


Hari ini aku menerima jemputan perkahwinan seorang teman.. Seorang lagi temanku akan meninggalkan alam bujangnya. Ini bermakna makin berkuranglah seorang lagi yang berstatus single. Aku melihat cahaya kegembiraan terpancar di wajahnya. Iye la kan, akan menjadi milik orang tak lama lagi..

Kata mak, kawen tue memang seronok, indah jer.. Tapi kalau tak pandai jaga yang indah akan jadi sebaliknya.. hmmm... Aku mohon penjelasan dari ibu kesayangan ku..
Sebuah perkahwinan terbina atas dasar KASIH SAYANG dan CINTA. Tidak akan bahagia perkahwinan itu kiranya tiada tali pengikat iaitu kasih sayang... KASIH SAYANG adalah segala-galanya.. tanpa kasih sayang hidup tak kan bermakna. Namun perlu di ingatkan jugak, bukan semua orang kahwin di sebabkan kasih sayang sebab kita kan sering juga mendengar ada yang kahwin kerana TERPAKSA. Namun, perkahwinan itu akan indah kalau kita redha dan menitipkan kasih serta sayang dalam hubungan kita itu. Bercinta selepas kahwin kadang-kadang lebih mengembirakan. Kita belajar mengenali pasangan selepas berkahwin.
Betul cakap mak kan. Kasih sayang adalah segala-galanya. Tanpa kasih sayang dunia akan hancur. Tanpa kasih sayang hidup akan merana. Bayangkan lah, manusia tanpa kasih dan sayang akan melakukan apa sahaja, berbunuhan sesama sendiri, menganiyai dan membunuh binatang, memusnahkan alam dan sebagainya. Semua yang berlaku adalah kerana dalam hatinya tiada perasaan kasih dan sayang..

Tapi di mana kasih sayang ini bermula?? Bagaimana ingin memupuk kasih sayang?? Hmmm..  Orang kata segalanya bermula dari saat di lahir kan. Saat kita di lahirkan, kita ibarat sehelai kain putih, bersih tanpa cela.. ibarat sebuah tanah kosong yang masih subur. Tanah yang akan di semai benih oleh orang sekeliling, oleh ibu bapa, keluarga, saudara, jiran tetangga dan juga sahabat. Benih inilah yang akan menghasilkan kasih sayang, cinta, benci, hormat dan sebagainya. Ia terpulang kepada benih apa yang dicampakkan di atas tanah itu. Benih itu akan bercambah mengikut keadaan sekeliling. Sebab itu orang kata kalau nak mendidik anak biarlah dari kecil lagi.

Bila sudah dewasa sukarlah untuk mendidiknya. Didiklah dengan kasih sayang kerana ia akan menghasilkan cinta. Jangan didik dengan kemarahan kerana ia akan membuahkan kebencian.
Itulah sebabnya kasih sayang itu sangat penting dalam perhubungan kita. Semoga kasih sayang yang erat akan menghasilkan sebuah cinta yang indah....

Hye... Im Back!!

Assalamualaikum...
Wah.. Terlalu lama tidak ku jengah ke blog ku sendiri...
Dah lama juga tidak ku berjalan-jalan di blog kengkawan.. :)
Kesibukan dan jugak kerana saya di hantar ke tempat yang tiada talian internet.. dalam hutan la tu..
hmmm... nak buat macam mana kan, itulah rezeki saya..

Hmm.. kali ni saya nak share sesuatu. Mungkin tidaklah menarik sangat tapi tetiba ingin lak bercerita.. 

Dulu... dalam hati ini pernah bertakta seorang insan. Orang kata cinta itu indah, yup sememang nya indah dan terlalu indah bagi yang dilamun cinta. Pertama kali menyayangi seseorang, orang putih cakap "FIRST LOVE".. Iya, dia adalah insan yang berjaya menawan hati ini. Serius, bahgia sesangat waktu tu. Setiap kisah, cerita dan perjalanan hidup kami saya coretkan di laptop kesayangan. Diary cinta kami. apa jua kegembiraan, kesedihan, rasa tak puas hati semuanya saya coretkan di situ. Waktu tu saya pikir inilah kisah hidup saya dan akan saya ingat di hari tua nanti tatkala membacanya..

Tapi, saya memang terkenal dengan sikap kurang berhati-hati. Satu hari dia pinjam laptop saya dan saya terlupa nak 'lock' diari saya tu, so semua orang boleh teka kan??

Hohoho... My secret bukan lagi secret.. saya memang seorang yang cuai. aduhai sukar untuk ubah sikap yang satu tu... Dia membaca semua kisah hidup saya.. nasiblah tak banyak sangat saya mengata dia bila saya sakit hati. Jadi tak ada lah dia nak marah. Dan kerana diari saya lah dia lebih menghargai saya. kredit to my diari.. :)

Sampai satu masa hubungan kami di uji.. Insan ketiga muncul tanpa di undang. Sepanjang hubungan kami, jarang sekali kami bergaduh namun kehadiran manusia ketiga membuatkan kami acap kali bergaduh. Di saat-saat hubungan kami bergolak, dia menghadiahkan saya satu blog. Katanya blog itu untuk saya luahkan apa yang terbuku di hati saya.

Waktu tu saya terfikir, apakah sesuai segala isi hati saya menjadi bacaan umum?? hmmm... 'that is not my style' bukan cara saya untuk mem'public'kan isi hati saya. Ok, saya terima blog hadiah dia tapi bukan untuk luahan hati saya. Saya tak sempat nak pikir nak buat apa dengan blog tu.

Pelikkan, Blog pun boleh dijadikan hadiah. Blog kosong lak tu. Tapi kawan saya kata itu hadiah yang unik... hehehe.. ape-ape jela kan...

Namun, mungkin jodoh bukan milik kami, akhirnya saya mengudur diri dari permainan cinta ini. Saya tidak ingin terus dilukai bila ada insan yang berjaya memecah kesetiaan cinta kami. Bukan saya tidak ingin mempertahankan hubungan kami tapi hati ini yang tidak mahu terus-terusan dilukai.

Kini, kami cumalah kawan biasa. Saya pernah bagitau yang saya nak guna blog yang dia hadiahkan namun dia berharap saya tidak menggunakan blog tu lagi. Mungkin benar katanya, saya akan sentiasa mengingatinya kalau terus menggunakan blog tu. jadi saya tidak tahu apa yang terjadi dengan blog tu selepas itu.

Apa yang ingin saya sampaikan ialah,

"Cinta tak semestinya berakhir dengan senyuman, terus ke jinjang pelamin..

Kerna ada cinta yang tersangkut dipertengahan jalan..
Tergelincir dari landasan asal..


Cinta tak menjanjikan bahagia..


Kerna ada ketikanya air mata menjadi peneman..


Cinta bukan sekadar ungkapan tapi cinta perlu hadir dari segenap hati yang luhur..


Cinta tidak memerlukan harta tapi memerlukan keikhlasan..


Menyintai dan di cintai adalah sesuatu yang indah..


Namun keindahannya belum tentu selamanya kiranya dua hati tidak bersatu sepenuhnya...

Jika dua jiwa tidak boleh menjadi satu...

Cinta sememangnya membuatkan kita tersenyum tapi jangan kita alpa ada waktu cinta membuatkan kita menangis...


Cinta boleh ditafsir dengan pelbagai variasi kerna kita yang mevariasikan cinta itu...


Kita yang membuatkan cinta itu indah dan...


Kita juga yang membuatkan cinta itu Menjadi derita...


Semoga kita bijk mengendalikan cinta kita agar ia menjadi cinta yang sebenarnya dan membuatkan kita tersenyum selamanya.. :"


 

sweet corn