Thursday, March 29, 2012

MAMA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
 Hai...salam sejahtera dan Salam kemesraan.

Hmmm..Dah lama tak melihat blogku ini, dah lama juga tidak berjalan-jalan ke wall rakan-rakan. Al-maklumlah berada dikawasan yang perkhidmatan komunikasi dan internet yang tak seberapa. Tapi apa pun saya bersyukur kerana masih diberi rezeki disini. Alhamdulillah.

Kali ini ada sedikit kisah yang ingin saya kongsikan bersama. semoga menjadi panduan buat kita. menitis air mata membacanya, notanya ringkas tapi penuh makna tersirat. tetiba teringat ibu dikampung, rindu sangat. tapi tak mengapalah, besok InsyaAllah, semoga urusanku dipermudahkan dapatlah pulang ke kampung. Heeeeeee...



Ini kisahnya..............


“Puteri.. jangan main jauh-jauh, nanti mama tak nampak Puteri.”

“Puteri kan dah besar Ma, tahulah Puteri jaga diri”

Memang anak mama ni dah besar tapi tetap kecil pada mama. Puteri nak tahu tak selagi mama ada, mama akan pastikan anak mama ni sentiasa sihat, gembira dan ceria.Semuanya kerana mama sayangkan anak mama ni”

Masihku ingat lagi kata-kata mama. Kata-kata mama yang sentiasa diiringi dengan senyuman. Itulah mama, mendidik anaknya dengan penuh kelembutan. Setiap kesalahan yang kami lakukan tidak pernah diajari dengan rotan atau pukulan di badan kami. Mama akan menasihati kami dan menceritakan kisah-kisah yang membuatkan kami akan berfikir kiranya ingin melakukan kesalahan.  Pernah sekali aku bergaduh dengan abangku, mama memanggil kami berdua. Kata mama....

“Abang dengan adik, dua-dua anak mama, tak pernah mama bezakan kedua-duanya. Semuanya mama sayang, semuanya mama kasih. Bila seorang sakit mama akan rasa sakitnya dan bila tengok dua-dua bergaduh mama turut rasa sakitnya. Anak mama ni agaknya tak sayang mama sebab buat mama sedihkan. Dulu mama ingat lagi arwah atuk selalu cerita kat mama. Kalau kita adik beradik bergaduh, takut nanti akan timbul cemburu dan benci membenci. Hubungan saudara akan putus. Kita bukan selamanya berteman, kiranya nanti kita tiada sesiapa lagi, adik beradiklah tempat untuk kita meminta bantuan. Mungkin sekarang kalian tidak mengerti tapi satu hari nanti kamu akan tahu.  Biarlah kita adik beradik bersatu, kerana bersatu kita akan kuat, bercerai kita akan lemah.”

“Bercerai apa mama?”

Tersenyum mama dengan pertanyaan ku. Iyalah budak kecil sepertiku manalah mengerti lagi makna itu.

“Bercerai tu sama jugak dengan bergaduh sayang. Jadi anak-anak mama janganlah bergaduh lagi. Kalau tak mama akan sedih, kalian tahukan apa akan jadi kalau anak-anak buat ibunya sedih. Nanti Tuhan marah.”

Kata-kata mama yang penuh kelembutan membuatkan setiap nasihatnya, setiap ceritanya menyerap kemas masuk ke ingatan kami. Mama mengajar kami tentang kehidupan dengan penuh kasih sayang, bukan bermakna kami dimanjai sehingga tidak mampu menjaga diri sendiri.  Kami diajar tentang kehidupan, kasih sayang, pengorbanan dan dunia. Terima kasih mama kerana kasih sayangmu akhirnya membuatkan anak-anakmu menjadi seperti sekarang. 

Walaupun mama sudah lama meninggalkan kami, tapi kami sentiasa merasakan mama begitu dekat dengan kami. Kini mama sudah boleh berbangga dengan anak-anak mama. Abang,  dan Angah masing-masing sudah bekeluarga, tinggal aku je yang masih mencari lagi. Mama sempat melihat Abang naik pelamin, cuma Angah dan aku je mama tak dapat tengok tapi aku percaya mama sebenarnya melihat dari jauh. Terima kasih sekali lagi mama kerana mengajar anak-anak mama ni menjadi manusia yang berguna. Akan aku ingat pesanan mama dan akan ku perturunkan kepada anak-anak ku nanti. “ Biar kita kurang harta jangan kita kurang bahasa, biar kita kurang moden jangan kita kurang agama. Ingatlah ilmu boleh dicari dimana-mana je sekali kita inginkannya.”

“Mama, anak-anak mama takkan lupa satu pun kata-kata mama sejak kami kecil sehinggalah sekarang. Kami semua bersyukur sebab kami dianugerahkan ibu seperti mama.  Kami anak-anak mama sentiasa mendoakan mama disana. Kami yakin mama pasti tersenyum syukur  melihat anak-anak mama sekarang. Semoga mama tenang di alam sana. Terima kasih mama kerana melahirkan Puteri, dan Terima kasih Ya Allah, kerana mengurniakan kami Ibu yang terbaik.”

sweet corn