Monday, December 19, 2011

Kasih dan Sayang.. :)


Hari ini aku menerima jemputan perkahwinan seorang teman.. Seorang lagi temanku akan meninggalkan alam bujangnya. Ini bermakna makin berkuranglah seorang lagi yang berstatus single. Aku melihat cahaya kegembiraan terpancar di wajahnya. Iye la kan, akan menjadi milik orang tak lama lagi..

Kata mak, kawen tue memang seronok, indah jer.. Tapi kalau tak pandai jaga yang indah akan jadi sebaliknya.. hmmm... Aku mohon penjelasan dari ibu kesayangan ku..
Sebuah perkahwinan terbina atas dasar KASIH SAYANG dan CINTA. Tidak akan bahagia perkahwinan itu kiranya tiada tali pengikat iaitu kasih sayang... KASIH SAYANG adalah segala-galanya.. tanpa kasih sayang hidup tak kan bermakna. Namun perlu di ingatkan jugak, bukan semua orang kahwin di sebabkan kasih sayang sebab kita kan sering juga mendengar ada yang kahwin kerana TERPAKSA. Namun, perkahwinan itu akan indah kalau kita redha dan menitipkan kasih serta sayang dalam hubungan kita itu. Bercinta selepas kahwin kadang-kadang lebih mengembirakan. Kita belajar mengenali pasangan selepas berkahwin.
Betul cakap mak kan. Kasih sayang adalah segala-galanya. Tanpa kasih sayang dunia akan hancur. Tanpa kasih sayang hidup akan merana. Bayangkan lah, manusia tanpa kasih dan sayang akan melakukan apa sahaja, berbunuhan sesama sendiri, menganiyai dan membunuh binatang, memusnahkan alam dan sebagainya. Semua yang berlaku adalah kerana dalam hatinya tiada perasaan kasih dan sayang..

Tapi di mana kasih sayang ini bermula?? Bagaimana ingin memupuk kasih sayang?? Hmmm..  Orang kata segalanya bermula dari saat di lahir kan. Saat kita di lahirkan, kita ibarat sehelai kain putih, bersih tanpa cela.. ibarat sebuah tanah kosong yang masih subur. Tanah yang akan di semai benih oleh orang sekeliling, oleh ibu bapa, keluarga, saudara, jiran tetangga dan juga sahabat. Benih inilah yang akan menghasilkan kasih sayang, cinta, benci, hormat dan sebagainya. Ia terpulang kepada benih apa yang dicampakkan di atas tanah itu. Benih itu akan bercambah mengikut keadaan sekeliling. Sebab itu orang kata kalau nak mendidik anak biarlah dari kecil lagi.

Bila sudah dewasa sukarlah untuk mendidiknya. Didiklah dengan kasih sayang kerana ia akan menghasilkan cinta. Jangan didik dengan kemarahan kerana ia akan membuahkan kebencian.
Itulah sebabnya kasih sayang itu sangat penting dalam perhubungan kita. Semoga kasih sayang yang erat akan menghasilkan sebuah cinta yang indah....

Hye... Im Back!!

Assalamualaikum...
Wah.. Terlalu lama tidak ku jengah ke blog ku sendiri...
Dah lama juga tidak ku berjalan-jalan di blog kengkawan.. :)
Kesibukan dan jugak kerana saya di hantar ke tempat yang tiada talian internet.. dalam hutan la tu..
hmmm... nak buat macam mana kan, itulah rezeki saya..

Hmm.. kali ni saya nak share sesuatu. Mungkin tidaklah menarik sangat tapi tetiba ingin lak bercerita.. 

Dulu... dalam hati ini pernah bertakta seorang insan. Orang kata cinta itu indah, yup sememang nya indah dan terlalu indah bagi yang dilamun cinta. Pertama kali menyayangi seseorang, orang putih cakap "FIRST LOVE".. Iya, dia adalah insan yang berjaya menawan hati ini. Serius, bahgia sesangat waktu tu. Setiap kisah, cerita dan perjalanan hidup kami saya coretkan di laptop kesayangan. Diary cinta kami. apa jua kegembiraan, kesedihan, rasa tak puas hati semuanya saya coretkan di situ. Waktu tu saya pikir inilah kisah hidup saya dan akan saya ingat di hari tua nanti tatkala membacanya..

Tapi, saya memang terkenal dengan sikap kurang berhati-hati. Satu hari dia pinjam laptop saya dan saya terlupa nak 'lock' diari saya tu, so semua orang boleh teka kan??

Hohoho... My secret bukan lagi secret.. saya memang seorang yang cuai. aduhai sukar untuk ubah sikap yang satu tu... Dia membaca semua kisah hidup saya.. nasiblah tak banyak sangat saya mengata dia bila saya sakit hati. Jadi tak ada lah dia nak marah. Dan kerana diari saya lah dia lebih menghargai saya. kredit to my diari.. :)

Sampai satu masa hubungan kami di uji.. Insan ketiga muncul tanpa di undang. Sepanjang hubungan kami, jarang sekali kami bergaduh namun kehadiran manusia ketiga membuatkan kami acap kali bergaduh. Di saat-saat hubungan kami bergolak, dia menghadiahkan saya satu blog. Katanya blog itu untuk saya luahkan apa yang terbuku di hati saya.

Waktu tu saya terfikir, apakah sesuai segala isi hati saya menjadi bacaan umum?? hmmm... 'that is not my style' bukan cara saya untuk mem'public'kan isi hati saya. Ok, saya terima blog hadiah dia tapi bukan untuk luahan hati saya. Saya tak sempat nak pikir nak buat apa dengan blog tu.

Pelikkan, Blog pun boleh dijadikan hadiah. Blog kosong lak tu. Tapi kawan saya kata itu hadiah yang unik... hehehe.. ape-ape jela kan...

Namun, mungkin jodoh bukan milik kami, akhirnya saya mengudur diri dari permainan cinta ini. Saya tidak ingin terus dilukai bila ada insan yang berjaya memecah kesetiaan cinta kami. Bukan saya tidak ingin mempertahankan hubungan kami tapi hati ini yang tidak mahu terus-terusan dilukai.

Kini, kami cumalah kawan biasa. Saya pernah bagitau yang saya nak guna blog yang dia hadiahkan namun dia berharap saya tidak menggunakan blog tu lagi. Mungkin benar katanya, saya akan sentiasa mengingatinya kalau terus menggunakan blog tu. jadi saya tidak tahu apa yang terjadi dengan blog tu selepas itu.

Apa yang ingin saya sampaikan ialah,

"Cinta tak semestinya berakhir dengan senyuman, terus ke jinjang pelamin..

Kerna ada cinta yang tersangkut dipertengahan jalan..
Tergelincir dari landasan asal..


Cinta tak menjanjikan bahagia..


Kerna ada ketikanya air mata menjadi peneman..


Cinta bukan sekadar ungkapan tapi cinta perlu hadir dari segenap hati yang luhur..


Cinta tidak memerlukan harta tapi memerlukan keikhlasan..


Menyintai dan di cintai adalah sesuatu yang indah..


Namun keindahannya belum tentu selamanya kiranya dua hati tidak bersatu sepenuhnya...

Jika dua jiwa tidak boleh menjadi satu...

Cinta sememangnya membuatkan kita tersenyum tapi jangan kita alpa ada waktu cinta membuatkan kita menangis...


Cinta boleh ditafsir dengan pelbagai variasi kerna kita yang mevariasikan cinta itu...


Kita yang membuatkan cinta itu indah dan...


Kita juga yang membuatkan cinta itu Menjadi derita...


Semoga kita bijk mengendalikan cinta kita agar ia menjadi cinta yang sebenarnya dan membuatkan kita tersenyum selamanya.. :"


 

Thursday, October 20, 2011

Kehadiranmu...


Semalam awak ada SMS saya kan.. Awak ingat tak awak sms ape??

Awak..
Sebenarnya ada sesuatu yang ingin saya bagitau awak. Sekadar luahan hati. Lepas nie kan awak dah jadi tunangan orang. Sebenarnya dari hari kita putus sehingga ke hari ini saya masih cintakan awak...Sayangkan awak..Rindukan awak... Kalau lah masa boleh undur, awak mesti jadi insan yang paling saya sayang. Saya rasa menderita sebenarnya. Terima kasih sebab dengar luahan hati saya nie..

Awak..
Jujur, sehingga ke hari ini saya masih cintakan awak.. Bila dapat tahu awak akan bertunang saya rasa tidak tentu arah...

Maafkan saya awak...
Awak orang pertama yang saya sayang hingga sekarang dan mungkin sampai bila2...
Saya sayangkan awak... Sedih saya bila dengar awak dah nak bertunang..


Siapa sangka rupanya awak masih mempunyai perasaan terhadap saya. Tapi kenapa awak tinggalkan saya dulu?? Kenapa awak memilih wanita itu dari saya sedangkan awak menyintai saya terlebih dahulu?? Kenapa??  Sampai ke hari ini soalan itu masih berlegar-legar di minda saya ni wak.. Iya, benar saya akan menjadi tunangan orang tak lama lagi dan seterusnya menjadi isteri orang. Kenapa awak perlu hadir saat ini sehinggakan saya merasa serba salah. Ya Allah, kau kuatkan lah hati hamba mu ini....

Iya.. Awak memang orang pertama yang bertakhta di hati ini. Awak orang pertama yang saya sayang dan hingga kini perasaan itu masih ada. Walau saya cuba mengelak dengan mengatakan saya tidak lagi menyayangi awak tapi kenyataan yang sebenarnya sayang itu masih ada. Memang benar awak telah mungkir janji apabila memilih perempuan lain tetapi saya sendiri hairan kenapa saya tidak mampu membenci awak.

“Awak tahu tak betapa sakitnya hati ini bila tahu yang awak ada perempuan lain dan perempuan itu adalah orang yang paling rapat dengan saya. Sampai hati awak dan dia tikam saya dari belakang. Kita tak pernah gaduh kan tapi sejak ada dia kita selalu gaduh. Saya bukan nak salahkan dia tapi nampak sangat kan. Saya dah tahu perkara ni mesti akan berlaku tapi saya tak menjangka secepat itu. Awak nak saya percayakan awak tapi akhirnya awak menhancurkan kepercayaan saya itu. Sampai hati awak kan...”
Saya redha awak...Mungkin antara kita tiada jodoh.. Kita ditakdirkan untuk bertemu dan jatuh cinta tapi kita tak ditakdirkan untuk bersama... Saya harus kuat untuk tidak melukai hati orang yang menyayangi saya dan saya akan belajar menyintainya....
Bersambung..


Renungan :  Andai lah masa boleh diundur kembali pasti kita akan membetulkan kesilapan yang kita telah lakukan. Jadi, tak akan ada kesilapan yang akan berlaku di masa depan. Namun, tiada siapa yang mampu mengubah takdir, mengembalikan masa lampau. Apa yang berlaku sekalipun, kehidupan perlu diteruskan. Kesilapan lalu akan mengajar kita erti sebuah kehidupan dan memberi pengajaran untuk kita tidak melakukannya sekali lagi di masa hadapan.



Ujian itu......


Aku sering bertanya pada diri ku kenapa hidupku tidak pernah berhenti dari pelbagai musibah dan bala? Satu hari aku, aku berbual-bual dengan seorang pakcik. Aku terus bertanyakan soalan yang sentiasa bermain di benak ku. Aku ceritakan segalanya kepada pakcik itu. Sesekali aku ingin mendengar jawapan dari orang-orang yang berpengalaman.

Pakcik tersenyum ketika aku mengajukan pertanyaan tersebut.. Lama dia mendiamkan diri sebelum menjawab. Aku fikir dia mesti ingin mencari jawapan yang sesuai..
“Macam ni la nak.. soalan anak tue seperti orang yang tak bersyukur dengan hidup.. Maafkan pakcik sekiranya kata-kata pakcik mengguris hati anak ni. Tapi anak patutnya bersyukur kerana dapat bernafas di muka bumi nie. Masalah yang datang dalam hidup kita ni jangan lah sesekali kita anggap sebagai bala.. Anggaplah ia ujian dan dugaan daripada Yang ESA kepada kita. DIA tidak akan menduga kita sekiranya DIA tahu kita tidak mampu menghadapinya. Setiap  ujian tu kita harus terima dengan redha. Sesungguhnya ujian dan dugaan yang di berikan adalah tanda Dia menyayangi kita. Sebab itu kita kena Tabah menghadapi apa jua dugaan yang mendatang. Kalau anak rasa betapa beratnya ujian NYA, pernahkah anak terfikir yang ada orang lain yang ujian, dugaannya lagi berat dari anak?? Pernahkah anak terfikirkan itu??”

Aku terdiam mendengar kata-kata pakcik tu. Memang benar orang lama memang banyak pengalaman.
“Kamu tahu tak, apa yang berlaku kalau kamu anggap itu musibah dan bala, ia akan membuatkan kita boleh hilang pertimbangan dan mula  menyalahkan takdir.. Namun, kalau kita anggap itu ujian bagi kita untuk meningkatkan ketakwaan kita kepada Yang ESA, INSYAALAH... Kita akan lebih tenang dalam menghadapinya”
Benar kata pakcik ini.. Hatiku menerima setiap patah kata pakcik tadi. Benar-benar menusuk ke hatiku.. Aku merasa lebih tenang dari sebelum nie.. Syukurlah...

Bersabarlah dengan setiap dugaan yang datang. Sesungguhnya itu adalah ujian dariNYA untuk menguji kekuatan dan keimanan hamba NYA. Hanya Al-Quran ubatnya, Solat Kekuatannya dan Doa penghubungnya.... Semoga Tabah Menghadapi Setiap Ujian yang melanda...

Wednesday, October 19, 2011

Senyumlah..

Salam untuk semua...

Semoga setiap hari ceria2 je.. :)

Senyumlah kerana senyum itu pengubat duka, pemanis muka... :)

Senyumlah kerana ia akan membuatkan org turut tersenyum kepada kita kan....
Bila senyum kita akan rasa lebih ceria...
 

Semoga kita akan rasa lebih gembira dengan setiap hari yang mendatang...
Apa pun masalah yang melanda, hadapi lah dengan tabah....

Thursday, October 6, 2011

Dirisik!!

Salam untuk semua...

Seronok juga sekali sekala duk bercerita dengan kawan-kawan nie. Banyak cerita yang akan dapat dikongsi bersama..
Antara isu yang timbul adalah, DIRISIK, BERTUNANG & KAWEN!!!!

Hmmmmm... Memang di akui makin ramai kawan-kawan yang sudah mula berumah tangga. iyelah kan, umur makin meningkat, jadi sesuai dah kot untuk  berfikir pasal  masa depan. (mood ~ Gatal!! heeeee..)

Seorang sahabat bercerita tentang dia dirisik. Wah...rasa agak kejelesan. Namun bukan itu yang ingin saya perkatakan. Tapi saya agak kagum bila Pasangannya itu mengajak untuk bercinta selepas kahwin. Memang benar dieorang dah pernah kenal sebab satu sekolah, tapi sekarang mereka bertemu di zaman pekerjaan. Masa dalam kelas dulu mereka tak rapat pun namun jodoh siapa yang tahu kan. Bila masing-masing dha bekerja encik lelaki mula menyampaikan hasrat untuk merisik. Biarlah cinta di semai selepas kahwin, itu lagi elok kan.

Saya pernah mendengar kata-kata yang berbunyi " BELUM TENTU KITA AKAN MENIKAH DENGAN  ORANG YANG KITA CINTAI TAPI SAYA AKAN MENYINTAI ORANG YANG MENIKAHI SAYA". Saya suka dengan kata-kata tue.
Kadang-kdang kita tak tahu siapa jodoh kita kan. Siapa sangka orang yang pernah kita benci itulah jodoh kita kan... Bak kata orang, berkawan dengan orang lain, bercinta dengan orang lain dan berkahwin dengan orang lain. Itu semua adalah TAKDIR dan JODOH.. KETENTUAN ILLAHI...

Untuk apa nak berkawan lama-lama kalau sudah mampu untuk melangkah seetapak ke depan... walaupun perkahwinan bukan sesuatu yang mudah tapi jika di jaga dengan baik ia akan menjadi sesuatu yang indah kerana dalam perkahwinan ada cinta, kasih dan sayang... :)

Saya doakan yang terbaik untuk sahabat saya..:)

Monday, September 26, 2011

Kisah saya dan kamu..

Kamu : Awak… Awak sayang saya tak??
Saya : Mestilah saya sayang awak..
Kamu : Banyak mana sayang awak tu??
Saya : Saya sayangkan awak macam awak sayangkan sayala...
Kamu : Mana boleh camtu.. Mestilah saya sayangkan awak lebih dari awak sayangkan saya sebab awak  adalah segalanya dalam hidup saya.
Saya : kalau camtu, awak jugak adalah segalanya jugak dalam hidup saya.
Kamu : Awak…Saya janji apa pun yang berlaku saya akan menyayangi awak sampai bila-bila. Awak kena  ingat tu.


*************
Saya       : Kenapa awak nak tinggalkan saya? Dah tak sayang saya lagi ke?
Kamu     : Saya tak suka kat awak lagi.. Maaf, mungkin perkenalan kita satu kesilapan…


****************


Kejam kan ayat terakhir awak pada saya. Mulai hari itu, saya bernekad akan membenci awak dan tak kan maafkan awak. Mendengar nama awak pun saya tak ingin, apatah lagi memandangnya. Dan, sejak itu juga saya tak pernah ambil tahu pasal awak. Bagi saya awak dah menghancurkan segalanya. Menghancurkan kebahagiaan, dan kegembiraan saya. Dan seperti kebiasaannya, pada blog saya luahkan segalanya.


HATI YANG DIHANCURKAN..
Hari ini hati ini telah dihancurkan oleh seorang insan yang bergelar LELAKI. ‘Saya tak suka awak lagi..Maaf, mungkin perkenalan kita satu kesilapan’. Hahaha.... Apakah ia satu kesilapan?? Atau kau sebenarnya mempunyai insan lain. 

Mudahnya kau berubah, andai dulu cinta seumpama bintang dilangit, sanggup terjun walau lautan api sekalipun. Sanggup berkorban apa saja demi cinta ini. Ahhhh!! Sangat-sangat menyakitkan untuk diingati namun ini adalah kali terakhir aku mengingati tentang kamu dan cinta kita. Jangan ada lagi kisah antara kita selepas ini kerana kehadiranmu akan menambahkan kelukaan ini. Akan ku sematkan kebencian ku terhadapmu dan kamu tidak akan aku maafkan sampai bila-bila. Kau telah menghancurkan seluruh hati dan perasaanku.

Mudahnya melafazkan kata, janji manis..namun sukar untuk menunaikannya kan. Kenapa berjanji, sumpah dan setia andai diri tak mampu melaksanakan. Hati ini terlalu kecewa, hati ini terlalu marah kerana diri dikhianati. Kenapa tiada sebab kau tinggalkan aku?? Pergi hanya dengan kata-kata yang merobek hati ini. Maaf??? Mudahnya melafazkan tapi sukar untukku menerimanya. Kerana aku sebenarnya ingin penjelasan yang kukuh kenapa kau pergi meninggalkan aku. Mungkin kerana insan ketiga aku kau lupakan.Tidak pernah sekalipun dalam diri ini menyesal mengenali mu, namun kenapa kau mengatakan hubungan ini satu kesilapan??

Apakah kerana sudah ada bidadari yang cantik hadir dalam hatimu sehinggakan aku yang telah lama menapak dihatimu boleh kau padam begitu sahaja. Apakah kau lupa segala janji mu dulu?? Atau kau sememangnya berjanji kosong, hanya manis di bibir tapi pahit di hati.. Pahit jua yang aku rasa. Tangisan ku kau tak dengar, air mata ku kau tak lihat.. kerana waktu ini kau tiada di sampingku.

Mudahnya melupakan segala janji, mudahnya melupakan segala memori... Atau sememangnya memori kita bagi kamu bagaikan air yang mengalir... Tidak kekal di situ, terus mengalir pergi... kamu...kamu... dan kamu... pergilah jauh dariku, aku akan melupakanmu seperti mana kamu melupakan aku. Biar lah masa yang menentukan tapi andai kamu ingin kembali, aku tidak akan menerimanya lagi. Bukan dendam yang ingin aku pahatkan di hati ini, tapi kerana kamu meninggalkan tanpa penjelasan, dan kamu meninggalkan aku dengan satu kata yang tak akan aku lupakan sampai bila. Andai kamu membacanya, aku ingin kamu tahu yang jangan pernah kau hadir lagi dalam hidupku selepas ini... Jangan pernah kau Muncul lagi... Dan thanks a lot... Thanks for everything... Terima kasih atas segala-galanya....

**************

Blog  itulah yang menjadi tempat saya meluahkan segalanya. Saya tahu awak mesti akan baca blog saya kan.. Tapi mungkin selepas perpisahan kita, awak tidak lagi membaca entri kat blog saya kan... Kebiasaanya apa je yang saya masukkan, yang saya tulis kat blog, awak mesti akan bagi respon. Rasanya semua kot ada komen dari awak. Dan sememangnya selepas hari itu, sudah tiada lagi komen awak untuk saya. Namun, saya pelik sebab ada seorang insan yang sentiasa memberi respon pada blog saya. Awak nak tahu tak, bila saya bukak blog dia, segalanya tentang kemaafan. Saya pernah berdebat dengan nya kerana bagi saya sukar untuk memberi kemaafan. Dan dia pernah memberitahu saya yang dia telah melakukan satu kesilapan pada seseorang yang mungkin orang itu takkan maafkan. Bila saya tanya kenapa, dia cakap biarlah rahsia. Awak tahu kan, saya tak kan memaksa orang untuk bercerita kalau dia tak mahu. Tapi ada satu coretan pada blognya yang menarik perhatian saya..

HATI YANG AKU LUKAI..

Untuk insan yang aku lukai hatinya, aku mohon maaf. Biarpun ku tahu walau beribu kemaafan aku pohon, belum tentu satu pun kau terima.

Untuk insan yang aku lukai hatimu, mungkin sudah sampai masa untuk aku berterus terang. Bukan niat aku untuk meninggalkan mu tanpa kata, bukan niat aku untuk melepaskan mu dengan satu kata yang aku tahu kau tak kan melupakannya. Maafkan aku sekali lagi kerana melukai hatimu.
Sesungguhnya aku tidak pernah melupakan janjiku padamu, aku tidak pernah melupakan kenangan antara kita kerana hanya kenangan itu yang aku ada. Jasadmu mungkin tak dapat kau miliki namun biarlah kenangan kita saja yangg aku miliki.

Buat insan yang telah aku lukai hatinya... aku tahu aku tak mungkin melihat senyuman mu lagi, tak mungkin dapat mendengar gelak tawamu lagi, dan tak mungkin akan mendengar suara mu lagi.. Tapi percayalah betapa aku rindu akan semua itu. Ingin sekali aku mendengarnya biarpun untuk kali terakhir... Mungkin semua itu akan membahagiakan aku tapi akan membuat kau lebih menderita.
Bukan aku tidak ingin kau tahu sebabnya, tapi aku tidak ingin kau bersedih dan aku hanya ingin kau berbahagia. Cukuplah kiranya aku melihat dirimu dari jauh, memandangmu tanpa kata, dan mengikuti perkembanganmu tanpa kau sedari. Aku hanya ingin memastikan kau sentiasa dalam keadaan yang baik.

Maafkan aku sekali lagi. Aku tahu kau menderita, namun aku tidak ingin kau terus menderita andai kau bersama denganku... seminggu sebelum kita bertemu buat kali terakhir, aku di khabarkan dengan satu berita yang cukup-cukup membuatkan dunia ku gelap.. Kanser paru-paru. Iya!! Aku mengidap penyakit ini biarpun aku bukanlah seorang perokok. Namun, takdir Tuhan siapa yang mampu menghalang. Kerana itu aku membuat keputusan untuk melepaskan mu. Aku tidak ingin menjadi beban mu dan aku tidak ingin kau melihat betapa kesiannya aku di saat-saat akhir ini. Aku sendiri tidak mampu menerima hakikat ini namun mujurlah ada umi dan abah yang membantuku. Memulihkan semangatku. Dan aku kuat untuk kamu...

Maafkan aku sayang... Hari ini aku seperti ingin menulis tanpa henti.. Aku ingin menjelaskan segalanya kepadamu.. Namun aku tidak berdaya kerana coretan hari ini Umi yang tulis, aku hanya memberitahu kerana untuk menekan perkataan pada keyboard pun aku tidak mampu lagi.. Terima kasih umi kerana membantuku..
Dan buat insan yang aku lukai hatinya, aku mohon kemaafan darimu. Bukan niatku untuk melukakan hatimu, namun aku terpaksa. Terpaksa tanpa relaku. Sesungguhnya hanya kamu yang aku sayang dan cintai sampai ke hembusan terakhirku... Terima kasih kerana hadir dalam hidupku...

Ya Allah... Menitis air mata ini tatkala membaca coretan itu...Saya mintak maaf awak. Sebaik sahaja saya membaca entri yang awak tulis barulah saya tahu awak adalah orang yang saya cintai. Awak buat blog lain semata-mata tak nak saya tahu yang awak masih mengikuti perkembangan saya. Kenapa awak tidak berterus terang dengan saya yang awak sakit. Saya kan dah janji yang saya akan sayang awak sampai bila-bila, kalau awak sakit saya akan jaga awak. Kenapa awak tak benarkan saya berada di sisi awak???

Awak tahu tak, saya segera hubungi umi untuk tanya keadaan awak. Masa tu umi kata masa awak dah tak lama. Awak tahu tak saya  bawak kereta sambil nangis, jalan pun saya tak nampak. Sebab tu la saya terlanggar divider. Nasib baik tak ada pape. Masa tu saya pikir nak jumpa awak, saya nak cakap yang saya masih sayangkan awak, saya nak awak sihat, saya tak nak awak tinggalkan saya lagi. Saya risau sangat takut tak sempat nak jumpa awak.. Dan, saya sempat tengok awak senyum, tak sempat nak cakap pape pun awak dah pergi tinggalkan saya. Akhirnya saya rebah kat situ jugak. Bila saya sedar awak memang dah tak ada. Umi lah yang menenangkan saya.
Awak..hari-hari saya tengok, baca blog awak. Itulah cara saya mengubat rindu saya pada awak.. Tak sangka semuanya tentang saya kan. Dan sekarang saya dah mula redha dengan pemergian awak. Semoga awak tenang dan roh awak dicucuri rahmatnya..

sweet corn