Thursday, February 17, 2011

Single is Better than Couple..

Single is better..
Biarlah saya single dulu..
Sebab dulu saya pernah couple..
Saya dah rasa macam mana couple..
Biarlah saya single dulu..
Apa yang saya nak buat tak ada yang melarang..
Tak ada yang mengongkong lebih dari mak saya sendiri..
Biarlah saya single dulu..
Saya suka keadaan sekarang..
Saya boleh buat apa jer..
Berkawan dengan sape-sape jer..
Orang kata berkawan biarlah seribu..
Kan..kan..kan..
Single is better..
Saya suka kan nya..
Hidup saya lebih bahagia..
Walaupun saya single tapi saya masih ada kawan-kawan..
Single is better..
Tak ada rasa jeleous jeleousy nie..
Saya rasa lebih senang..
Single is better than couple..
Biarlah saya single dulu..
Merasa alam single sebelum meneruskan ke alam yang baru..
Sebelum bertemu pemilik hati yang sebenar..
Tapi yang pasti saya cuba untuk tidak lalai..
Saya cuba untuk tidak leka..
Dengan mainan dunia yang makin banyak..
Biarlah saya single dulu..
Mungkin yang nyata kita single
Tapi kita tidak bersendirian..
Siapa kata kita bersendirian???
Kita tak pernah bersendirian..
Kita masih punya Dia..
Biarlah kepada DIA kita mengadu, meluahkan segala rasa..
Biarlah kepada DIA kita menangis,
Kerana selagi ada DIA di hati,
Kita tidak akan pernah tersesat..
Tak kan ada rasa kecewa..
Kita juga akan tenang dengan mengingatiNYA..
So, single is better than couple..

Dia Bukan Adamku..

Awak ingat lagi tak macam ner kiter leh kenal???




Detik-detik perkenalan kiter???    Awak ingat tak???



Saya tak pernah lupa pun..    Hari tue saya tengah tunggu member saya (panas hati sebab member saya tue lambat). Tiba-tiba awak datang.. Bila saya pandang awak, saya nampak awak senyum.. cantik!!!

Awak.. Itulah saat pertama saya jatuh cinta pada awak.. Agaknya itulah yang orang duk kata

cinta pandang pertama.




Sejak hari tue saya selalu tunggu awak kat situ. Saya harap sangat dapat jumpa awak lagi.


Ari tue masa jumpa awak, saya tak sempat nak tanya nama. Ye la kan, kalau saya terus tegur awak nanti apa plak awak kata. Mesti awak cakap saya nie gatal kan..kan..kan..


Setiap hari saya tunggu awak kat bangku depan taman tue. Seminggu,, dua,,  saya dah rasa give up. Saya pikir mungkin awak bukan orang sini, awak singgah jumpa saudara awak jer kat situ..


Haisssshhhh…. Mengeluh hati saya nie bila ingat kan awak.. tapi mungkin jugak kita ada jodoh kot. So, kita berjumpa lagi. Kali nie kita jumpa kat library. Tak sangka rupanya awak student UTM jugak..

Bila saya dapat tahu awak student macam saya (YA BE DA BEDUUUUU!!!!) bersorak meriah hati saya ni wak..



Tak sangka kan, saya boleh kenal awak. Awak memang cantik.. Saya suka tengok bila awak senyum dan ketawa.. Cantik!!  

Sebab senyuman awak tue lah saya jatuh cinta.. hehehe


Awak… Makin lama kita kenal, makin saya takut kehilangan awak. Yela, awak cantik, mana kita pergi mesti orang pandang awak. Saya ada kat sebelah pun masih ada yang cuba nak tackle awak..


Saya nak awak janji yang awak tak kan senyum kat orang lain selain saya. Saya tak nak orang lain jatuh cinta kat awak. Bila saya cakap camtue awak senyum jer.. pastu awak cakap..

“jangan risau sebab hati ni dah di miliki. Tak kan ada lagi yang boleh menyentuh hati nie biarpun yang mencuba tue lagi hensem dan kacak dari awak…percayalah….”


Saya pegang kata-kata awak tue tau.. Saya tahu awak sayang saya. Saya pun sayang awak jugak (hehehe…dalam malu-malu)

 
Dah lama kan kita kawan. Dan selama kita kawan kita tak pernah gaduh kan.. yeke??? Sebenarnya ada lah jugak gaduh.
Tapi biasa nya saya yang mula kan dulu dan awak lah orang yang sejukkan keadaan. Awak tak pernah nak marah saya balik bila saya marah. Awak mesti cakap elok-elok dengan saya.


Yela, sape tak marah kalau  mamat yang tak de gigi kat depan tue asyik nak usha awak jer. Pastu awak boleh senyum kat dia.. sakit hati saya nie tau tak wakkk..


Saya marah sebab saya sayang kan awak. Saya bukan nya jeles (tak nak ngaku..) Cuma saya tak suka awak senyum kat orang lain. Nasib lah awak nie jenis yang sabar, lembut jer penjelasan yang awak berikan. Sebab tue lah tambah  bertimbun-timbun sayang saya kat awak..

Bila dah masuk tahun akhir saya agak busy dengan tugasan dan exam. Siapa yang nak gagal kan. Saya memang nekad nak buat yang terbaik supaya keluar nanti saya dapat kerja yang baik. Lepas tue saya nak pinang dan kahwin dengan awak ( aura-aura kegatalan muncul..hehehe..). Impian saya tue.


Bila saya cakap cam tue awak gelakkan saya. Sampai hati awak kan. Padahal memang saya betul-betul ikhlas..(kecik hati saya nie tau…sob..sob.)  Iskh…malu jer lelaki nangis. Sebenarnya sedih jer sebab awak cam tak percaya. Takpe, awak tunggu saya bukti kan. Just wait and see. Jangan terkejut kalau nanti rombongan mak kiah datang ke rumah awak.. Eh!! Jap, bila plak mak aku name Kiah?? Ahhh.. Abaikan je la..

Awak… saya dah berjaya bukti kan yang saya boleh berjaya. Wah, dengan bangga nya saya nak cakap saya graduate first class gitu.. Memang tersenyum lebar saya. Haha.. masa awak ucap tahniah saya lagi rasa hepi. Kalau awak nie halal bagi saya dah lama saya peluk awak tau.. (chee wahh)


Sebulan jer lagi kiter nak kawen, tetiba saya dapat offer untuk projek nilai juta-juta tue. Awak suruh saya terima jer offer tue tapi saya cakap saya perlu fikir dulu. Nak tahu kenapa, sebab projek tue bukan dekat sini. Tapi oversea. Jauh tue… tapi awak paksa saya terima. Awak cakap mungkin rezeki kita sebelum kahwin.

Memang berat hati saya nak menerima offer tue kerana projek tue memakan masa bertahun-tahun dah la jauh merantau. Awak cakap takper…Awak sanggup tunggu saya. Bila saya cakap nak cepatkan perkahwinan kita awak menolak. Awak pun ada kerjaya. Awak belum bersedia nak lepas kan kerjaya awak. Saya faham… (dalam hati rasa sedih..huhu)


Hmmm…akhirnya saya terima keputusan awak. Saya janji yang saya akan siap kan projek tue secepat mungkin dan awak jugak kena janji yang awak akan tunggu saya balik…


Dan hari nie…berat sungguh hati saya nak meninggalkan awak. Saya sanggup lepas kan projek tue sebenarnya sebab awak lagi penting. Tapi awak nak saya terima, jadi saya sanggup dalam terpaksa… ingat… awak kena tunggu saya yer… sebab saya sayang dan cinta kan awak..



Awak akan jadi permata dan penyeri dalam hidup saya selamanya.. nanti kalau saya dah tak ada kat sini awak jangan nakal-nakal tau.. Kalau rindu saya awak tengok lah bulan (ahai…romantik lah plak) hehehe.. senyum… saya suka awak senyum..


Awak… kalau boleh saya nak khabarkan satu dunia yang saya amat menyintai awak… sayang awak!!!! Wait for me my love!!!






***************    **********     ***************




Awak…dah lama saya tunggu awak.. Tapi awak tak kembali pun.. Dah lama sangat saya menunggu. Kenapa awak tak muncul??? Awak janji awak nak pergi kejap jer kan??..paling lama pun dua tiga tahun.. tapi nie dah lima tahun awak..dah lima tahun awak pergi..

Siapa sangka seminggu jer kat sana, saya di khabarkan awak accident. Saya tak percaya. Saya yakin awak tak apa-apa. Awak ok… sebab tue saya yakin awak masih di sana… dan saya akan menunggu awak balik… Saya sayangkan awak sangat-sangat… saya akan terus tunggu awak sebab dalam hati saya nie hanya ada awak jer… dah tertutup untuk mana-mana lelaki..

Kalau saya tahu saya mesti tak benarkan awak terima projek tue.. Sebab saya paksa awak terima offer tue awak tinggalkan saya terus. Kalau tak sekarang kita dah bahagia kan awak… kita dah ada anak mungkin.. Awak pergi sana dan terus tinggalkan saya. Awak..saya tak nakal pun. Saya tak senyum kat lelaki lain pun, pandang pun tidak. Tapi kenapa awak tetap tinggalkan saya??? Tinggalkan saya buat selama-lamanya...

Awak....Berat hati nie nak menerima kenyataan yang sebenarnya..ternyata awak bukan Adam saya..  tapi yang nyata saya tetap akan sayang awak selamanya..




Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Walaupun dalam keterpaksaan menerima perpisahan itu, kita terpaksa akur dengan ketentuan. Walau macam mana sekali pun cara perpisahan itu berlaku, itu semua sudah suratan. Kita sebagai hamba-Nya perlu redha dengan ketentuan yang di tetapkan.. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya…

Wednesday, February 16, 2011

Sayang Ibu..

Ada satu kisah yang saya ingin kongsikan.. bila membacanya, terus mengalir air mata ini. Ibu adalah segala-gala nya bagi ku..





Aku seorang yang berkerjaya. Semakin hari kerja aku semakin bertambah. Tapi bukan itu yang menjadi tekanan kepada aku sekarang. Tapi kisah lampau yang menghantui ku. Aku mungkin seorang yang berkerjaya dan mempunyai apa yang aku impikan selama ini. Mungkin semua melihat aku adalah  seorang yang berjaya tapi tiada siapa yang tahu aku bukan anak yang berjaya.
Kehidupan keluarga ku dulu bukan lah senang seperti orang lain. Ayahku sudah lama tiada, sewaktu aku masih kecil lagi. Sejak itu ibu terpaksa bekerja sendiri menoreh getah yang tidak seluas mana pun. Jikalau hari hujan tiadalah pendapatan untuk keluarga kami. Dulu harga getah tidak lah tinggi seperti sekarang. Aku tahu ibu sangat berjimat cermat. Ibu hanya membeli apa yang patut sahaja. Kata ibu duit yang ada boleh di simpan kerana mungkin nanti akan berguna kepada kami. Aku hanya mempunyai seorang kakak. Jadi aku adalah anak bongsu dan sangat degil. Aku tahu aku selalu membuatkan ibu menangis. Kehendakku tidak boleh di bantah. Apa yang aku mahukan ibu mesti turutkan. Sejak kecil sehinggalah aku ke menara gading.

Aku tidak pernah memikirkan perasaan ibu. Yang aku tahu apa yang aku inginkan pasti aku dapati. Semasa aku belajar di Universiti aku mendapat tajaan biasiswa. Tapi aku sendiri tidak faham, duit yang aku dapat itu langsung tidak mencukupi untuk menampung kehidupanku selama satu semester di U. Padahal pelajar yang lain mampu menabung. Duit biasiswa itu hanya menampung aku paling lama sebulan. Selepas itu aku sentiasa meminta dengan ibuku.
Aku menelefon ibu hanya untuk meminta duit, bukan menanya khabar ibuku.
“Bu, duit Angah dah habis la. Angah nak makan pun xcukup dah nie. Lepas ni cengkunglah Angah bu…” aku membuat suara sayu ketika bercakap dengan ibuku.
“Xpela, Angah jangan risau, nanti ibu masukkan. Angah belajar je rajin-rajin” Ibu memang lembut.
Aku tahu aku tidak seperti kakakku. Kakakku cuma tua setahun dari aku. Kakak jugak belajar di universiti tapi yang berdekatan dengan rumah kami. Kata kakak susah hati untuk meninggalkan ibu keseorangan kalau belajar jauh. Sedangkan aku pula hanya memilih universiti yang luar dari negeriku. Kalau boleh aku ingin jauh dari kampung halamanku.

Ibu memang selalu mengikut apa yang aku hajati. Tapi aku rasakan sejak kecil lagi hubungan aku dengan ibu tidak semesra dan serapat orang lain. Sejak sekolah lagi aku perhatikan, kalau aku pergi ke rumah kawan-kawanku, diaorang begitu mesra dengan ibu bapa masing-masing. Tapi aku??? Mungkin sejak kecil ibu asyik bekerja, balik dari kerja ibu penat, ibu tidur. Jadi jarang ibu berbual dengan aku atau bergurau senda dengan ku. Ibu hanya menasihati perkara yang penting sahaja. Jadi tidak banyak cerita yang aku berkongsi dengan ibuku. Duniaku pula hanya di dalam bilik dan di rumah kawan-kawanku.
Tapi sejak aku di U, ibu selalu menelefon aku. Dan setiap kali sebelum tamatkan perbualan, ibu mesti cakap yang dia sayang aku. Cuma aku jer yang tak balas. Aku bukan tak sayang ibu, tapi sebab sebelum ni ibu tak pernah sebut, jadi agak janggal bagi aku. Memang ibu selalu menelefon aku. Tapi aku.. Macam yang aku katakan awal-awal. Aku hanya menelefon ibu apabila aku membuntuhkan wang sahaja. Aku tak pernah fikir yang ibu ada wang atau tidak untuk makan dan perbelanjaan di rumah. Aku hanya fikirkan tentang aku saja.
Selepas 3 tahun belajar, akhirnya aku berjaya mendapat pekerjaan. Sejak itu aku hanya fokus pada kerja. Aku jarang pulang ke kampung. Menelefon ibu jarang sekali. Sememangnya ibulah yang menelefonku bertanya khabar. Aku tahu ibu mesti kecik hati dengan aku. Aku cuma fikir ingin bekerja keras supaya suatu hari nanti aku tidak akan hidup susah. Aku ingin menjadi seorang yang berjaya.
Sebulan selepas kakakku diijab kabulkan dengan  pilihan hati nya. Ibu selalu meneelefon aku. Banyak pesanan yang ibu tinggalkan. Boleh dikatakan setiap hari ibu menelefon aku bertanyakan khabar. Berpesan supaya aku jangan tinggal solat, selalu ingat Tuhan. Jadi seorang yang berguna. Ibu jugak pesan jangan lupakan ibu dan selalu berdoa untuk ibu. Dan seperti biasalah di akhir perbualan ibu mesti cakap ibu sayang anak-anak ibu dan ibu rindukan aku. Aku fikir mungkin sebab ibu rindukan kakak. Sebab sebelum ini kakak lah yang menjaga ibu dan tinggal bersama ibu. Sekarang ibu sendirian. Mungkin ibu bosan sebab itu lah ibu selalu menghubungi aku. Tapi siapa sangka rupanya itulah pesanan dan suara terakhir ibu yang aku dengar. Ibu meninggal kan kami buat selama-lamanya. Panggilan dari sepupuku mengejutkan aku ketika aku sedang bermesyuarat. Terus ku pulang ke kampung. Wajah ibu yang bersih dan tenang aku tatap buat kali terakhir dengan seribu penyesalan. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Hanya linangan air mata yang membasahi pipiku.
Aku tahu sudah tidak berguna lagi penyesalan aku nie sebab ibu telah pergi buat selamanya. Benarlah kata orang bila dia ada di depan, kadang-kdang kita tidak hargai, tapi apabila sudah tiada barulah kita rasa kehilangan nya. Kini aku benar-benar menyesal. Barulah aku sedar banyak yang aku ingin lakukan bersama ibuku.
5 tahun berlalu. Tetapi pemergian ibu masih aku rasakan. Gambar ibu ku di laptop ku tatap sepuasnya. Ada titisan jernih yang mengalir. Dan saat itu aku coretkan yang terbuku di hatiku.

Ibu..
Walaupun sudah bertahun ibu meninggalkan Angah, tapi Angah terasa seperti baru semalam. Sesungguhnya Angah rindu pada ibu. pemergianmu amat  di rasai. Ibu.. Kenapa cepat benar ibu meninggalkan Angah?? Banyak yang Angah ingin katakan pada ibu. Banyak yang Angah ingin ceritakan pada ibu. Banyak perkara yang Angah ingin lakukan bersama ibu. Angah tahu Angah dah banyak buat salah pada ibu. Angah jarang bertanya khabar ibu kan. Walaupun dalam nada bergurau ibu cakap ibu je yang ingat anak tapi anak tak ingat ibu pun, Angah tahu ibu maksud kan nya. Sebab memang Angah jarang call ibu. Ibu jer yang selalu tanya Angah sihat ke tak, dah makan belum. Ibu selalu risau kalau Angah tak makan kan. Ibu takut anak ibu kurus kan… Angah tahu ibu berjimat cermat sebab Angah kan. Ibu masukkan duit untuk Angah masa Angah belajar dulu sedang ibu perlukan duit utnuk perbelajaan kat rumah. Tapi banyak ibu spend kan untuk Angah. Angah tak sempat nak ucapkan terima kasih kat ibu. sekarang Angah nak cakap terima kasih kat ibu sangat-sangat sebab membesarkan Angah. Ibu tak pernah marah Angah, ibu ikut semua kehendak Angah. Angah berterima kasih dengan ibu..
Ibu…
Angah tak sempat nak cakap yang ibu adalah ibu yang terbaik bagi Angah. Ibu tak pernah marah Angah apatah lagi pukul Angah. Bila Angah buat salah, lembut jer ibu nasihatkan Angah. Tapi Angah tak pernah berterima kasihkan. Angah mintak maaf ibu, sebelum nie Angah hanya ikut kehendak Angah  jer. Angah lupa nak tanya kehendak ibu bila Angah dah kerja. Angah sibuk dengan kerjaya sampai tak sempat nak jenguk ibu. Bila ibu dah telefon Angah, Angah tahu banyak yang ibu nak ceritakan, pasal jiran kita, pasal Makngah, Alang dan keadaan kampung kita. Tapi Angah dengar tak dengar jer. Angah tahu ibu rindu Angah sebab lama tak balik kg. sebab tue lah ibu nak dengar Angah cerita pasal diri Angah dan kerjaya Angah. Ibu nak tahu semua perkembangan Angah. Tapi Angah jawab acuh tak acuh jer kan. Maafkan Angah ibu..

Ibu…
Angah nak bagitau ibu yang Angah terkilan sangat. Angah tak sempat nak cakap yang Angah sayangkan ibu sangat-sangat. Jujur…Angah memang sayangkan ibu sangat-sangat. Angah nak sangat peluk ibu. nak cium ibu. angah terkilan bu, sebab tak dapat buat semua tue dulu. Angah terkilan sangat-sangat.. Angah nak ibu tahu yang Angah rindukan ibu sangat-sangat macam ne Angah rindukan Ayah. Angah bangga punya ibu seperti ibu. dan Angah amat berterima kasih pada ibu untuk segala galanya. Maafkan Angah ibu. Angah akan sentiasa doakan ibu semoga ibu tenang di sana. Hanya itu yang mampu Angah laku kan sekarang. Semoga roh ibu sentiasa dicucuri rahmat…

Seandainya ibu ku masih ada, aku ingin sangat ucapkan yang aku sayang pada ibu. Aku ingin sangat memeluk ibuku sepuas-puasnya. Namun aku sedar, semua nya takkan berlaku sebab ibu ku sudah tiada di sisiku.

p/s: jagalah kedua orang tua sebaiknya selagi masih ada waktu... semoga kisah ini menjadi teladan buat kita semua.. :)

Tinta pertama

Hai.. Akhirnya siap jugak blog nie walaupun belum complete sepenuhnya edisi mengedit tapi kira siap lah jugak kan..(hehehe).. Sweet Corn Sour Plum.. Kehidupan kita nie pelbagai. Banyak perbezaan kan. bagi saya, kehidupan  nie manis seperti sweet corn tapi masam seperti plum.. Kenapa sy kata buah plum masam?? sebenarnya ia masam masam manis.. Walaupun masam kita makan jugak kan. sama dengan kehidupan kita, teruk camner pun kiter tetap kena hadapi..

Sebenarnya,  sy suka melihat keadaan sekeliling, suka melihat gelagat dan telatah orang di sekeliling sy. macam-macam perkara yang akan kita jumpa bila kita berada di tempat yang ramai orang kan. sy juga seorang yang mencintai alam semulajadi. mendaki gunung adalah aktiviti di masa terluang sy. Melihat keindahan alam membuatkan fikiran kita tenang, hati kita rasa damai dan sejuk. Sesekali melarikan diri dari kesibukan kota untuk melihat keindahan dan nyaman nya persekitaran hutan dan gunung. Hiking memerlukan daya tahan mental dan fizikal yang kuat. bak kata orang, semakin dekat kita dengan puncak semakin kuat tekanan yang kita rasa. tapi apabila sudah berada di puncak hilang semua keletihan, dan yang kita rasa hanyalah kepuasan.

Sy baru sy tamat pengajian tapi banyak lagi yang perlu sy pelajari. kehidupan kita nie singkat so, manfaat lah sebaik mungkin. tidak semua yang indah berada di depan kita, kadang kala pahit menghadang di pertengahan..

wasalam..

sweet corn