Wednesday, February 16, 2011

Sayang Ibu..

Ada satu kisah yang saya ingin kongsikan.. bila membacanya, terus mengalir air mata ini. Ibu adalah segala-gala nya bagi ku..





Aku seorang yang berkerjaya. Semakin hari kerja aku semakin bertambah. Tapi bukan itu yang menjadi tekanan kepada aku sekarang. Tapi kisah lampau yang menghantui ku. Aku mungkin seorang yang berkerjaya dan mempunyai apa yang aku impikan selama ini. Mungkin semua melihat aku adalah  seorang yang berjaya tapi tiada siapa yang tahu aku bukan anak yang berjaya.
Kehidupan keluarga ku dulu bukan lah senang seperti orang lain. Ayahku sudah lama tiada, sewaktu aku masih kecil lagi. Sejak itu ibu terpaksa bekerja sendiri menoreh getah yang tidak seluas mana pun. Jikalau hari hujan tiadalah pendapatan untuk keluarga kami. Dulu harga getah tidak lah tinggi seperti sekarang. Aku tahu ibu sangat berjimat cermat. Ibu hanya membeli apa yang patut sahaja. Kata ibu duit yang ada boleh di simpan kerana mungkin nanti akan berguna kepada kami. Aku hanya mempunyai seorang kakak. Jadi aku adalah anak bongsu dan sangat degil. Aku tahu aku selalu membuatkan ibu menangis. Kehendakku tidak boleh di bantah. Apa yang aku mahukan ibu mesti turutkan. Sejak kecil sehinggalah aku ke menara gading.

Aku tidak pernah memikirkan perasaan ibu. Yang aku tahu apa yang aku inginkan pasti aku dapati. Semasa aku belajar di Universiti aku mendapat tajaan biasiswa. Tapi aku sendiri tidak faham, duit yang aku dapat itu langsung tidak mencukupi untuk menampung kehidupanku selama satu semester di U. Padahal pelajar yang lain mampu menabung. Duit biasiswa itu hanya menampung aku paling lama sebulan. Selepas itu aku sentiasa meminta dengan ibuku.
Aku menelefon ibu hanya untuk meminta duit, bukan menanya khabar ibuku.
“Bu, duit Angah dah habis la. Angah nak makan pun xcukup dah nie. Lepas ni cengkunglah Angah bu…” aku membuat suara sayu ketika bercakap dengan ibuku.
“Xpela, Angah jangan risau, nanti ibu masukkan. Angah belajar je rajin-rajin” Ibu memang lembut.
Aku tahu aku tidak seperti kakakku. Kakakku cuma tua setahun dari aku. Kakak jugak belajar di universiti tapi yang berdekatan dengan rumah kami. Kata kakak susah hati untuk meninggalkan ibu keseorangan kalau belajar jauh. Sedangkan aku pula hanya memilih universiti yang luar dari negeriku. Kalau boleh aku ingin jauh dari kampung halamanku.

Ibu memang selalu mengikut apa yang aku hajati. Tapi aku rasakan sejak kecil lagi hubungan aku dengan ibu tidak semesra dan serapat orang lain. Sejak sekolah lagi aku perhatikan, kalau aku pergi ke rumah kawan-kawanku, diaorang begitu mesra dengan ibu bapa masing-masing. Tapi aku??? Mungkin sejak kecil ibu asyik bekerja, balik dari kerja ibu penat, ibu tidur. Jadi jarang ibu berbual dengan aku atau bergurau senda dengan ku. Ibu hanya menasihati perkara yang penting sahaja. Jadi tidak banyak cerita yang aku berkongsi dengan ibuku. Duniaku pula hanya di dalam bilik dan di rumah kawan-kawanku.
Tapi sejak aku di U, ibu selalu menelefon aku. Dan setiap kali sebelum tamatkan perbualan, ibu mesti cakap yang dia sayang aku. Cuma aku jer yang tak balas. Aku bukan tak sayang ibu, tapi sebab sebelum ni ibu tak pernah sebut, jadi agak janggal bagi aku. Memang ibu selalu menelefon aku. Tapi aku.. Macam yang aku katakan awal-awal. Aku hanya menelefon ibu apabila aku membuntuhkan wang sahaja. Aku tak pernah fikir yang ibu ada wang atau tidak untuk makan dan perbelanjaan di rumah. Aku hanya fikirkan tentang aku saja.
Selepas 3 tahun belajar, akhirnya aku berjaya mendapat pekerjaan. Sejak itu aku hanya fokus pada kerja. Aku jarang pulang ke kampung. Menelefon ibu jarang sekali. Sememangnya ibulah yang menelefonku bertanya khabar. Aku tahu ibu mesti kecik hati dengan aku. Aku cuma fikir ingin bekerja keras supaya suatu hari nanti aku tidak akan hidup susah. Aku ingin menjadi seorang yang berjaya.
Sebulan selepas kakakku diijab kabulkan dengan  pilihan hati nya. Ibu selalu meneelefon aku. Banyak pesanan yang ibu tinggalkan. Boleh dikatakan setiap hari ibu menelefon aku bertanyakan khabar. Berpesan supaya aku jangan tinggal solat, selalu ingat Tuhan. Jadi seorang yang berguna. Ibu jugak pesan jangan lupakan ibu dan selalu berdoa untuk ibu. Dan seperti biasalah di akhir perbualan ibu mesti cakap ibu sayang anak-anak ibu dan ibu rindukan aku. Aku fikir mungkin sebab ibu rindukan kakak. Sebab sebelum ini kakak lah yang menjaga ibu dan tinggal bersama ibu. Sekarang ibu sendirian. Mungkin ibu bosan sebab itu lah ibu selalu menghubungi aku. Tapi siapa sangka rupanya itulah pesanan dan suara terakhir ibu yang aku dengar. Ibu meninggal kan kami buat selama-lamanya. Panggilan dari sepupuku mengejutkan aku ketika aku sedang bermesyuarat. Terus ku pulang ke kampung. Wajah ibu yang bersih dan tenang aku tatap buat kali terakhir dengan seribu penyesalan. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Hanya linangan air mata yang membasahi pipiku.
Aku tahu sudah tidak berguna lagi penyesalan aku nie sebab ibu telah pergi buat selamanya. Benarlah kata orang bila dia ada di depan, kadang-kdang kita tidak hargai, tapi apabila sudah tiada barulah kita rasa kehilangan nya. Kini aku benar-benar menyesal. Barulah aku sedar banyak yang aku ingin lakukan bersama ibuku.
5 tahun berlalu. Tetapi pemergian ibu masih aku rasakan. Gambar ibu ku di laptop ku tatap sepuasnya. Ada titisan jernih yang mengalir. Dan saat itu aku coretkan yang terbuku di hatiku.

Ibu..
Walaupun sudah bertahun ibu meninggalkan Angah, tapi Angah terasa seperti baru semalam. Sesungguhnya Angah rindu pada ibu. pemergianmu amat  di rasai. Ibu.. Kenapa cepat benar ibu meninggalkan Angah?? Banyak yang Angah ingin katakan pada ibu. Banyak yang Angah ingin ceritakan pada ibu. Banyak perkara yang Angah ingin lakukan bersama ibu. Angah tahu Angah dah banyak buat salah pada ibu. Angah jarang bertanya khabar ibu kan. Walaupun dalam nada bergurau ibu cakap ibu je yang ingat anak tapi anak tak ingat ibu pun, Angah tahu ibu maksud kan nya. Sebab memang Angah jarang call ibu. Ibu jer yang selalu tanya Angah sihat ke tak, dah makan belum. Ibu selalu risau kalau Angah tak makan kan. Ibu takut anak ibu kurus kan… Angah tahu ibu berjimat cermat sebab Angah kan. Ibu masukkan duit untuk Angah masa Angah belajar dulu sedang ibu perlukan duit utnuk perbelajaan kat rumah. Tapi banyak ibu spend kan untuk Angah. Angah tak sempat nak ucapkan terima kasih kat ibu. sekarang Angah nak cakap terima kasih kat ibu sangat-sangat sebab membesarkan Angah. Ibu tak pernah marah Angah, ibu ikut semua kehendak Angah. Angah berterima kasih dengan ibu..
Ibu…
Angah tak sempat nak cakap yang ibu adalah ibu yang terbaik bagi Angah. Ibu tak pernah marah Angah apatah lagi pukul Angah. Bila Angah buat salah, lembut jer ibu nasihatkan Angah. Tapi Angah tak pernah berterima kasihkan. Angah mintak maaf ibu, sebelum nie Angah hanya ikut kehendak Angah  jer. Angah lupa nak tanya kehendak ibu bila Angah dah kerja. Angah sibuk dengan kerjaya sampai tak sempat nak jenguk ibu. Bila ibu dah telefon Angah, Angah tahu banyak yang ibu nak ceritakan, pasal jiran kita, pasal Makngah, Alang dan keadaan kampung kita. Tapi Angah dengar tak dengar jer. Angah tahu ibu rindu Angah sebab lama tak balik kg. sebab tue lah ibu nak dengar Angah cerita pasal diri Angah dan kerjaya Angah. Ibu nak tahu semua perkembangan Angah. Tapi Angah jawab acuh tak acuh jer kan. Maafkan Angah ibu..

Ibu…
Angah nak bagitau ibu yang Angah terkilan sangat. Angah tak sempat nak cakap yang Angah sayangkan ibu sangat-sangat. Jujur…Angah memang sayangkan ibu sangat-sangat. Angah nak sangat peluk ibu. nak cium ibu. angah terkilan bu, sebab tak dapat buat semua tue dulu. Angah terkilan sangat-sangat.. Angah nak ibu tahu yang Angah rindukan ibu sangat-sangat macam ne Angah rindukan Ayah. Angah bangga punya ibu seperti ibu. dan Angah amat berterima kasih pada ibu untuk segala galanya. Maafkan Angah ibu. Angah akan sentiasa doakan ibu semoga ibu tenang di sana. Hanya itu yang mampu Angah laku kan sekarang. Semoga roh ibu sentiasa dicucuri rahmat…

Seandainya ibu ku masih ada, aku ingin sangat ucapkan yang aku sayang pada ibu. Aku ingin sangat memeluk ibuku sepuas-puasnya. Namun aku sedar, semua nya takkan berlaku sebab ibu ku sudah tiada di sisiku.

p/s: jagalah kedua orang tua sebaiknya selagi masih ada waktu... semoga kisah ini menjadi teladan buat kita semua.. :)

0 comments:

Post a Comment

sweet corn