Tuesday, March 29, 2011

Hanya Pinjaman..


Dunia ni sementara sahaja.. Tak kekal selamanya.. Sama lah seperti segala yang bernyawa.. Satu masa akan tiba saat meninggalkan dunia yang juga sementara. Tiada yang kekal selamanya.. Hanya pinjaman semata..  Setiap insan yang hadir di sisi kita jua pinjaman dari NYA. Ibu, ayah, kakak, adik, suami, isteri.. Jadik..Sayangi lah insan di sisi selagi masih ada peluang.. Kita akan merasa kehilangan apabila orang yang kita sayangi pergi selamanya.. dan di saat dia meninggalkan kita, segala penyesalan sudah tiada guna nya.. Yang ada hanya lah “Kalau dia masih  ada”. “Kalau” tidak akan mengembalikan insan yang di sayang ke sisi kita.. “Kalau” itu tak mungkin berlaku.. realiti tetap realiti.. yang pergi tak mungkin kembali lagi... 

Ku titipkan luahan rasa seorang insan.. 



Hujan yang mencurah tanpa henti mengingatkan aku padamu..
Seandainya kau masih ada, pasti kau sibuk memastikan rumah kita tiada yang bocor..
Pasti kau sibuk memastikan anak anak tidak bermain hujan..
Oh Tuhan hanya sekejap kau pinjamkan dia kepada ku..
Ku masih ingat..
Saat kau bersama ku, hidup ini terlalu indah..
Kau menjaga ku seperti seorang raja..
Menjaga anak-anak kita dengan penuh kasih sayang..

Tapi..kau pergi saat kami belum puas mengecapi kasih sayang mu,
Belum puas kami mendengar gelak tawa dan bebelan mu..
Dan aku hampir putus asa saat kau meninggal kan diri ku..
Hidup yang tak terurus..anak-anak tak terjaga..
Ya Allah.. aku terlupa seketika bahwa dia hanya pinjamanMU..
aku terlupa yang kau hanya di pinjamkan sementara sahaja..

kini aku redha..
kegembiraan yang kau bawa kepada ku dan anak-anak dibalas dengan doa..
semoga kau bahagia di sana..
kami di sini akan merindui diri mu selamanya..
dan iringan doa bukti rindu kami ini...

Thursday, March 10, 2011

Serius saya suka yang DULU!!

Dulu..

Dulu bila saya tanya awak sayang saya tak??
Awak mesti jawab.. "mestilah…awak kan orang terpenting lam idup sy!"

Bila saya tanya awak rindu saya tak??
Awak jawab camnie..
"bila awak hilang dari pandangan saya sesaat jer saya mula tercari-cari awak.."
Dan awak tahu tak saya suka sangat bila saya tanya banyak mana rindu awak kat saya?
Awak mesti jawab camnie…
"Susah saya nak cakap..tapi macam nielah setiap orang yang berkata-kata di atas muka bumi ini  itulah jumlah rindu saya pada awak setiap hari.."

Wah…saya suke sgt…pastu saya terpikir camner nak kire org yg bkata-kata dimuka bumi nie?? Haisshhh..


Bila saya nak nangis awak mesti cakap cmnie..
"Awak…jangan titiskan dulu airmata tue, simpan bila kita di ijabkabulkan nanti.. sebab kalau awak titiskan skrg itu air mata kesedihan, tapi klu awak titiskan sewaktu kita diijabkabulkan, itukan air mata gembira.. Saya tak suka awak bersedih…"
 
Wahhh…kredit lagi buat awak sebab buat saya rasa bahgia!


Awak.. saya suka bila awak cakap camnie..
"Nak tahu tak?? Di mata ku ada kamu, di hati ku ada kamu, di jantung ku ada kamu.."
Senyum saya bila awak cakap camtue.. dan dalam hati saya melonjak gembira..(kat luar senyum jer, kontrol ayu konon.. )


Awak selalu cakap dengan saya..
Kalau nak hubungan tue kekal, biarlah semuanya berasaskan kejujuran dan keikhlasan. Nanti makin kukuh hubungan tu.


Bila saya sakit..
awak cakap dengan saya..
"takper, saya kan doktor cinta awak.. Awak makan panadol confirm baik.."
lepas tue saya balas.. kalau camtu semua doktor yang suruh makan panadol tue doktor cinta saya ker??
Awak cakap.. tak mungkin sebab hanya awak jer doktor cinta saya..



Kalau saya nak keluar dengan kawan saya, awak sibuk jer bertanya..
bila saya keluar rumah jer setiap 5 minit awak call saya, sms saya tanya kat mana..
Saya marah awak sebab selalu call bila saya keluar dengan kawan-kawan..


Bila saya ber sms depan awak, awak mesti nak tahu saya sms dengan siapa..
bila jumpa saya awak mesti nak tengok hp sy..
saya tahu awak nak tengok sms saya kan??
Saya marah awak bila awak tengok hp saya. Saya cakap awak kene percaya kan saya.


Kalau saya diam jer awak mesti cakap camnie..
"Awak..kenapa diam?? Saya ada buat salah ker?? Maafkan saya yer.."


Kalau awak pergi out station awak mesti MMS kat saya gambar awak.. nanti kat bawah tue awak tulis.. muka orang yang rindu kat orang di sana..



Awak selalu jugak hantar sms lirik lagu kat saya…
“Syahara..sygku…Trukir indahnya bersamamu…”

Serius! Saya bahagia membacanya..


Bila awak busy dengan kerja kan..
Awak mesti sms saya cakap camnie..
"Awak…sory la tak dapat nak ber sms sbb saya sibuk sangat ari ni. Banyak kerja nie.."


Kalau saya lambat balas sms awak, awak mesti sms lagi tanya:
"Awak…kemana menghilang??"


Bila tengah borak-borak dalam telefon, tiba-tiba terputus. Kalau saya lambat call mesti awak call balik lepas tue tanya kenapa tak call balik??


Kadang-kadang saya badmood. Awak tetap  cuba ceriakan saya. cuba buat saya gembira walaupun saya tak senyum pun..




Sekarang..

Sekarang.. bila tanya awak sayang saya tak??
Jawapan awak.. sayang la!
Itu jer????

awak ingat tak saya tanya awak rindu tak?
Awak jawab… mestila rindu..
Saya tanya lagi…Banyak tak?
Ala..banyak la.. Tu je awak jawab?? Sedihnyer..

Sekarang..Bila saya nanges..
Awak cakap dah tak payah nangis…cukup lah tue..
Makin sedih saya..

Awak...sekarang dah tak ada kata puitis lagi ker??

Sekarang saya lak yang kene gtaw awak kan kejujuran dan keikhlasan tue penting..


Sekarang..Bila saya cakap dengan awak saya sakit..
Awak cakap camnie jer.. oh ye ke.. ok.. kadang-kadang awak buat tak tahu jer..
Sampai hati awk..


Sekarang..
Bila saya cakap saya nak keluar dengan kawan..
Awak cakap... ok!..
Awak dh xmarah2..


Kenapa Sekarang bila saya sms dengan orang lain awak buat tak tahu jer...
Awak dh tak kisah..


Bila saya diam awak pun diam jugak...
Awak tak nak tanya sebab apa..

Sekarang.. Kalau awak pergi mane2 jauh dari saya..
Awak hantar MMS tapi dah tak ada kata-kata kat bawah gambar tue.. Dan saya risau andai nanti bukan sahaja kata-kata kat bawah tapi MMS nya jugak tak ada..


Dan sekarang.. bila awak busy dengan kerja,
Saya lak yang kena tanya kenapa awak tak sms saya..

Sekarang kalau sibuk dah tak ingat saya..


Kini.... Bila lambat balas sms awak, awak tunggu sampai saya balas..
Bila tengah borak2, talian terputus awak tak der nak call saya balik..
Awak tunggu saya call jer..

Kalau saya badmood..
awak pun badmood jugak..


Sekarang awak cepat putus asa...dh xnak pujuk saya lg klu sy mrajuk..
Serius saya tak suka keadaan sekarang.. Memang saya cakap saya tak suka dipujuk tapi saya lagi tak suka bila awak marah saya.. Awak dah tak sayang saya ke??

Dan sebenarnya.....

Awak...saya suka awak jawab soalan saya panjang-panjang..orang nak cakap awak jiwang saya tak kisah...sebab saya sukakannya..

Rindu awak dah tak macam dulu ker?? Kite dah makin jarang jumpa tapi rindu awak macam dah makin kurang..

Kalau saya nanges, saya nak awak pujuk dengan kata-kata. saya sanggup kut simpan air mata saya nie kalau awak cakap camtue bila saya nak nanges.. Sbb saya akan tersenyum mendengarkannya..

Saya sentiasa tunggu kata-kata puitis dari awak macam sebelum nie.. sekarang sms awak hanya lah “ok, dh.., iye..” semuanya pendek-pendek.. awak dah penat ker nak taip sms panjang cam dulu??

Kenapa awak dah tak ingatkan saya macam selalu.. awak dah lupa ke macam mana nak hubungan tue kekal atau awak dah tak kisah sangat..

Saya masih nak awak cakap awak doktor cinta saya.. saya akan iya kan kalau awak cakap awak doktor cinta saya...  Sebab bila awak cakap camtue saya sebenarnya rasa lebih bertenaga dan bersemangat.. saya tak kan risau kalau saya sakit lagi sebab awak doktor cinta saya  kan..

Saya tak kisah awak..kalau awak nk call saya setiap masa pun tanya ke mana saya pergi, tengah buat apa.. saya takkan marah. Sebab saya tahu awak risau saya mempermainkan perasaan awak.. saya lebih suka awak risau dari awak tak kisah..

Saya lebih rela awak kisah dengan sapa saya sms dari tak kisah. Saya tahu awak jeles. Saya tak kisah dah kalau awak nak jeles sebab saya tahu awak sayangkan saya. Bila awak tak kisah saya tak tahu awak sayangkan saya lagi ke tak..

Jujur...saya tak suka awak diam jugak..sepatutnya awak tanya lah saya apa-apa...saya akan jawab kot. Sebab bila awak diam jugak dunia kita sepi..

Sesungguhnya saya amat tertunggu tunggu kata-kata dari awak yang buat hubungan kiter sweet sangat..

Sekarang dah tak ada sms lirik lagu..
Saya tak kisah kalau awak nak hantar lirik lagu yang sama pun. Saya tak kan marah pun. Saya bahagia asalkan masih ingat untuk menghantarnya sebab itu yang buat saya bahagia..

Saya cuma harap awak takkan lupakan saya dalam hati awak..

Sekarang awak dah jadi penyabar..
Saya tak nak awak jadi penyabar... biar awak tanya ke mana saya menghilang.. saya akan tahu awak risaukan saya..

Awak..saya tertunggu-tunggu tau awak punya call.. saya suka bila nama awak muncul pada skrin HP saya.


Serius… saya suka masa dulu… Betapa indahnya saat kita bersama bagaikan dunia milik kita. Sehinggakan semua orang pun cemburu dengan kiter kan.. Tapi sekarang segalanya sudah berubah. Setiap tahun kita menyambut anniversary kita kan, tapi awak makin lupa bila tarikh anniversary kita. Busy sangat ke awak sampai tak ada masa untuk saya?? Awak.. saya tak pernah kongkong awak, cuma saya nak awak yang dulu yang sentiasa ada di saat saya perlukan awak. 

atau mungkin saya kurang menghargai awak dulu?? Saya mungkin tak kurang prihatin pada awak tapi saya sayangkan awak tau..

tapi Awak... serius saya suka masa dulu... namun saya sedar realitinya adalah sekarang..   

p/s : hanya sebuah cerita, idea yg muncul tiba2.. :)

sweet corn