Monday, January 23, 2012

YANG TERBAIK..


Saya sharekan satu lagi ungkapan.. yang ini saya dapat masa zaman sekolah dulu.

Hari tu ada motivasi dari kaunselor sekolah untuk pelajar-pelajar yang akan menghadapi exam.

So, saya rasa ungkapan yang dia bacakan sangat menarik. Ungkapan ini mungkin susah difahami namun ia mempunyai maksud yang sangat-sangat  mendalam.. Sama-samalah kita memahaminya dan menerapkan dalam kehidupan kita..

YANG TERBAIK..

Kalau tak dapat menjadi pohon cemara di puncak bukit..
Jadilah belukar dibawah lembah..
Tetapi jadilah belukar terbaik di pinggir sungai sempit..

Jadilah belukar tebaik kalau tidak dapat jadi pokok..
Kalau tak dapat jadi belukar sedengkor..
Jadilah rumput sederet dan serikan tepian jalan raya..

Kalau tak dapat menjadi ikan tomelot..
Jadilah seluang tetapi seluang selincah di tasik yang terbentang..

Tidak semua boleh menjadi nakhoda..
Sesetengah kita perlu berbaju kelasi..
Harus setiap tubuh punya kerja..
Tugas besar, tugas kecil..
Tugas segera adalah tugas yang terdekat..
Kalau tak dapat menjadi jalan raya..
Jadilah sekerat lorong..

Kalau tak boleh menjadi matahari..
Jadilah sebutir bintang..
Kerna besar bukan ukuran segala-galanya..
Tetapi... jadilah yang terbaik dalam segalanya...

Puitis.. CINTA.. :)

Sedang asyik mengemas buku-buku lama, terjumpa ayat-ayat cinta.. boleh jugak share ni kan.. :)



Cinta..
Dalam mencari cinta.. Aku sering rebah..
Aku cuba untuk bangun dan terus mencari..
Akhirnya cinta itu milik aku.. Kini ku terpaksa memastikan cinta itu sentiasa menjadi milikku..
Bila cinta sudah kuperolehi, baru ku tahu betapa penatnya hidup bercinta..
Aku penat.. Dalam bahagia aku derita..
Dalam ketawa aku menangis.. Dalam duka aku berduka..
Cinta.. Cinta... dan Cinta...
Dalam riang gembira, mengalir air mata duka..
Kini ku sedari..biarpun ku bercinta namun ku rasa sepinya..
Sepi dalam bercinta membuatkan aku derita..
Sampai bila aku harus begini... aku ingin dibangunkan..
Bangunkan aku dari lena yang panjang..
Tapi siapa??? Siapa yang akan mengejutkan aku??
Kerna tiada siapa yang tahu..
Tangisanku tidak siapa dengar,. Aku sendirian berduka..
Sendirian di sini tanpa ada siapa yang menemani...

Cinta.. kini buat hatiku luka..pedih dan ngilu..
Andai luka ini tidak dibaluti, tiada yang menyembuhkan...
Pasti ia akan terus berdarah..
Cinta...membuatkan hidup ini indah,,,
Namun kadang kala keindahan itu bukan milik kita..
Dalam bayangan meniti khayalan..
Dalam realiti meneguk kepahitan..
Tersadar dilautan hambar..tiada ketawa mahupun senyuman..
Hanya air mata tangisan sendu..  Aku cuba untuk pasrah...
Ku cuba untuk benamkan cinta ini,
Jauh ke dasar laut agar tidak ku temuinya lagi...
Agar aku tidak disakiti oleh cinta itu lagi...

Sunday, January 22, 2012

Kehadiranmu... (contd)


Awak...Be my Girl only for one day..


Awak...
Saya ingin berjumpa dengan awak sebelum awak menjadi tunangan orang. Biarlah ia menjadi kenangan kita yang terakhir.




“Awak... andai saya ikut rentak awak hanya kerana saya masih menyayangi awak maka saya hanya akan menambahkan kelukaan di hati ini dan saya juga akan mengkhianati bakal tunangan saya. Maafkan saya awak... Biarpun dalam hati ini masih ada rasa sayang pada awak.. Tapi saya tidak akan sesekali menghancurkan perasaan orang yang kini menyayangi saya”

“Andai masa boleh diputar kembali mungkin hubungan kita boleh diperbaiki.. Namun andai kata jodoh bukan milik kita, tak mungkin kita akan bersatu. Iya, mengenali dan menyintai mu adalah suatu yang indah tapi itu dulu. Kini semuanya hanyalah kenangan yang tersimpan kemas di dalam memori ini. Dan kenangan itu tidak akan kembali lagi”

“Awak..Saat jari manis ini disarungkan cincin, tangan milik ibu nya di cium, tika doa selamat diaminkan, saya akhirnya menjadi tunangan orang dan kita harus akui yang kisah cinta kita telah pun berakhir. Berilah saya peluang untuk menjadi seorang insan yang setia kepada orang yang menyayangi saya seperti mana saya setia pada cinta kita dulu..”

“Awak... Menyesal pun tiada gunanya lagi. Sememangnya cinta ini bukan milik kita. Janji saya pada diri ini akan terus menyayangi dia yang menyayangi saya, akan terus menyintai dia yang tak pernah berhenti menyintai saya. Biarpun payah, namun harus ku kuat kerna ku yakin pada takdir NYA. Sesungguhnya, saya bahagia bakal memiliki insan yang menyintai saya..”

“Awak...pergilah kepada dia yang menharapkan cinta awak.  Jikalau benar awak tidak pernah menyintai dia, belajarlah menyintainya kerna dia jua punya hati dan perasaan. Kerana dia juga adalah seorang wanita. Dan kerna dia jua menyintai awak...”

Cinta sahaja tidak menjaminkan kebahagiaan, namun ia perlu direncahkan bersama SETIA, JUJUR, TOLAK ANSUR, KASIH dan yang paling penting DOA. Kiranya semua cukup, INSYAALLAH, hubungan itu akan berkekalan..



                                                                                                                                                TAMAT..

sweet corn