Saya ingin berjumpa dengan awak sebelum awak menjadi tunangan orang. Biarlah ia menjadi kenangan kita yang terakhir.
“Awak... andai saya ikut rentak awak hanya kerana saya masih menyayangi awak maka saya hanya akan menambahkan kelukaan di hati ini dan saya juga akan mengkhianati bakal tunangan saya. Maafkan saya awak... Biarpun dalam hati ini masih ada rasa sayang pada awak.. Tapi saya tidak akan sesekali menghancurkan perasaan orang yang kini menyayangi saya”
“Andai masa boleh diputar kembali mungkin hubungan kita boleh diperbaiki.. Namun andai kata jodoh bukan milik kita, tak mungkin kita akan bersatu. Iya, mengenali dan menyintai mu adalah suatu yang indah tapi itu dulu. Kini semuanya hanyalah kenangan yang tersimpan kemas di dalam memori ini. Dan kenangan itu tidak akan kembali lagi”
“Awak..Saat jari manis ini disarungkan cincin, tangan milik ibu nya di cium, tika doa selamat diaminkan, saya akhirnya menjadi tunangan orang dan kita harus akui yang kisah cinta kita telah pun berakhir. Berilah saya peluang untuk menjadi seorang insan yang setia kepada orang yang menyayangi saya seperti mana saya setia pada cinta kita dulu..”
“Awak... Menyesal pun tiada gunanya lagi. Sememangnya cinta ini bukan milik kita. Janji saya pada diri ini akan terus menyayangi dia yang menyayangi saya, akan terus menyintai dia yang tak pernah berhenti menyintai saya. Biarpun payah, namun harus ku kuat kerna ku yakin pada takdir NYA. Sesungguhnya, saya bahagia bakal memiliki insan yang menyintai saya..”
“Awak...pergilah kepada dia yang menharapkan cinta awak. Jikalau benar awak tidak pernah menyintai dia, belajarlah menyintainya kerna dia jua punya hati dan perasaan. Kerana dia juga adalah seorang wanita. Dan kerna dia jua menyintai awak...”
Cinta sahaja tidak menjaminkan kebahagiaan, namun ia perlu direncahkan bersama SETIA, JUJUR, TOLAK ANSUR, KASIH dan yang paling penting DOA. Kiranya semua cukup, INSYAALLAH, hubungan itu akan berkekalan..
Setiap perkara yang kita lakukan sekiranya dengan ikhlas akan mendapat ganjaran yang setimpal.. :)
Janganlah mengharapkan balasan, kerna bila terlalu mengharap kita akan sakit hati kalau tidak memperolehinya. so, ikhlaskan hati anda dalam melakukan setiap perkara..
Lagi bagus kalau setiap yang kita lakukan dengan ikhlas, apabila kita berpuas hati ucapkanlah ALHAMDULILLAH...
sesungguhnya setiap yang dimulai dengan ikhlas akan membuatkan kita rasa senang dan berpuas hati... :)
Saya nak share kata-kata seorang hamba ALLAh ketika saya meluahkan kisah saya padanya.. Kata-kata dia amat bernas dan memberi semangat tatkala diri terasa ‘down’ sangat-sangat.
“Kita tidak pernah dapat menduga bagaimana kehidupan kita ni kan. Iyelah, bak kata orang, tak selamanya kita diatas (If kita ni orang yang berada atau dah dilahirkan dalam keluarga yang berharta), tak selamanya kita akan senang. Kalau Allah S.W.T nak tarik balik nikmat yang dia beri kat kita sekelip mata je dia akan tarik. Dan bila DIA ingin memberi nikmat or rezeki kepada kita dalam sekelip mata kita akan dapat. Tapi kena ingat bukan mudah untuk mendapatkan rezeki. Usaha itulah jalan untuk mendapatkannya. Makin banyak usaha kita makin banyaklah rezeki kita dan setiap rezeki yang kita perolehi kita kena bersyukur kerana semuanya bukan milik kita yang abadi.”
“Bila kita dah terbiasa hidup senang tetiba kita hilang semuanya. Kita terpaksa menempuh sendiri segalanya. Pasti terasa ingin hentikan masa dari terus berjalan. Jika sebelum ini hidup kita bergantung harap pada orang lain, kiranya dia tiada pasti dunia kita kelam. Kerna itu kita kena belajar bersedia menempuh segalanya, apa jua rintangan dalam hidup kita ini kerana hidup tak pernah sunyi dengan cabaran.”
Jika sebelum ini hidup bergantung kepada mak dan ayah, bila dah kerja bergantung pada diri sendiri. Perit rasanya bila kerjaya yang di bina sememangnya menjanjikan pendapatan yang lumayan tetapi akhirnya jadi sebaliknya. Berbulan-bulan bekerja tanpa gaji. Niat untuk bekerja di samping mencari pengalaman serta ilmu sebanyak mungkin akhirnya membuatkan fikiran kusut. Bila En Bos belum memberi tanda-tanda gaji akan masuk, semuanya dalam tekanan. Tapi hairan tiada siapa pun yang berhenti. Dan saya adalah salah seorang merasa tekanan itu. Jika sebelum ini semuanya mak yang support tapi sekarang malu nak mintak dengan mak. Dan bila semua ini berlaku, barulah terasa bagaimana susahnya mencari sesuap nasi. Barulah tahu bagaimana menjalani hidup susah. Kini, baru merasa bersyukur dengan kehidupan sebelum ini dan juga bersyukur kerna disedarkan seawal ini bahawa betapa susahnya mencari sesuap nasi. Menitis air mata ini tatkala mengingatkan kehidupan ini namun hati perlu dikuatkan. InsyaAllah..bumi Tuhan ini luas.. Rezeki ada dimana-mana. InsyaAllah, andai ditakdirkan rezekiku masih di sini, akan ku teruskan dengan harapan company ini akan bertambah baik dan kembali seperti sebelumnya. Kata-kata semangat itu akan terus ku pegang untuk ku terus melangkah ke depan dengan yakin. InsyaALLAH....
Awak..awak ingat tak dulu kita selalu lepak kat sini.. Sini...bawah pokok ni.Kita suka berkhayal kat sini.. Seronok kan awak...
Saya rindu sangat waktu tu... Awak ingat tak kita berkhayal pasal masa depan kita sampai tertido-tido tak sedar dah maghrib. Apa lagi sampai je tangga rumah, mak saya membebel tak henti-henti. Dan tak sangka awak pun kena bebel kat mak awak jugak kan. Hahaha..
Satu lagi peristiwa yang saya tak boleh lupa masa awak ajar saya kayuh basikal. Habis pecah pasu bunga mak awak. Bulat mata mak awak bila tengok bunga ros kesayangannya dah tumbang menyembah tanah. Awak kena marah lagi. Yela, mak awak kan sayang saya mesti dia tak marah saya kan... hahaha..Apa pun lepas tu saya dah pandai kayuh basikal. Terima kasih ye awak.
Awak... awak ingat tak saya kena demam panas. Awak sanggup bermalam kat rumah saya sebab nak jaga saya. Masa tu saya cakap awak berlagak macam orang dewasa. Mak saya boleh jaga saya. Tapi awak cakap awak risau sangat sampai tak boleh nak tidur. Bila saya ada depan awak mesti awak tahu keadaan saya macam mana. Bila saya dah sihat, kita lepakkat tempat biasa. Bawah pokok di tepi sungai. Masa tu awak cakap yang awak akan jaga saya sampai bila – bila. Saya nak awak janji. Awak cakap ok, awak janji akan jaga saya selamanya.
Banyak kenangan kita kan awak. Bila saya ingat kenangan kita bersama dulu saya akan tersenyum, dan kadang-kadang ketawa sorang-sorang. Tapi kan awak kenangan cuma tinggal kenangan. Lepas awak tamat sekolah, awak dapat sambung belajar kat Australia, University of Queensland. Masa tu saya nampak awak ‘happy’ sangat. Mesti ‘best’ kan dapat belajar kat luar negara. Bila kat sana awak janji yang awak akan selalu hantar surat tak pun ‘email’ kat saya. Awak cakap yang awak akan tunggu saya kat sana. Saya nekad akan belajar bersungguh-sungguh sampai saya dapat ke sana.
Dua tahun saya berusaha. Akhirnya saya jugak dapat tawaran ke sana. Tapi saya terpaksa batalkan hasrat saya sebab mak tak sihat. Sejak akhir-akhir ni mak selalu sakit-sakit. Saya tak sanggup nak tinggalkan mak saya sorang-sorang kat sini. Australia bukannya dekat. Inilah pengorbanan anak kepada ibu yang dah bersusah payah membesarkan saya. Saya Cuma belajar kat universiti tempatan je. Alhamdulillah, saya dapat UUM, tak lah jauh sangat dengan rumah, jadi boleh berulang alik.
Awak.. setahun awak berada kat sana awak masih menghantarkhabar pada saya. Tapi lepas setahun awak senyap. Saya tertunggu-tunggu jugak surat dan email awak. Tapi tak ada satu pun. Dah berpuluh Email yang saya hantar, satu pun tak balas. Mula-mula saya ingatkan awak sibuk tapi takkanlah setahun tak ada masa langsung untuk menghantar khabar kepada saya. Setahun, dua tahu, tiga tahu, enam tahun. Lama saya menunggu tapi masih tak ada khabar berita. Awak... Saya dah 3 tahun bekerja. Tak kan lah awak langsung tak ingat kat saya dan keluarga kat kampung. Saya adalah risik-risik khabar awak dekat mak awak, tapi hampa. Mak awak cakap awak langsung tak ada hubungi dia.
Kini awak.. dah sepuluh tahun berlalu. Awak masih sepi tanpa khabar. Saya masih tunggu awak sebab saya nak awak tunaikan janji awak. Dah banyak pinangan yang saya tolak, mak pun dah berbuih mulut membebel sebab saya masih sendirian. Mak cakap tak payah tunggu buah yang tak tahu bila nak gugur. Saya faham maksud mak tapi buat-buat tak tahu. Tak apalah mak, buah lama mana sangat nak bertahan, lama-lama akan gugur jugak. Bezanya lambat ataupun cepat. Saya balas kata-kata mak dalam hati je. Hehehe... Risau akan menambahkan bebelan mak kalau menjawab. Saya rela pekakkan telinga demi awak...
Tapi awak, kedegilan mak tak boleh dilawan oleh saya. Akhirnya mak yang membuat keputusan, mak cakap siapa pun yang masuk meminang kali ini, mak akan terima. Alahai mak.. luluh hati ni mendengarkan kata-kata muktamad itu. Masa tu saya fikir kan bagus kalau awak ada, mesti awak akan lindungi saya. Mesti awak akan jaga saya sekarang ni. Serius, saya rindu sangat kat awak. Saya teringin sangat nak tengok awak, nak jumpa awak dan nak lepaskan semua tekanan saya sekarang ni kat awak.
Awak.. Mak cakap hari ini ada orang datang nak meminang saya. Maksudnya selepas hari ini saya bakal jadi tunangan orang. Saya tak tanya pun kat mak siapa orang tu. Saya tak nak ambil tahu sebab sekarang saya tak ada hati langsung. Lagipun saya tak nak lah buat mak risau pasal saya lagi. Mak tu kalau risau nanti darh tinggi nya akan bertambah lagi. Saya redha je awak. Mungkin pilihan ibu adalah yang terbaik. Itu lah cara saya nak tenangkan hati ni awak. Saya sebenarnya pun hairan, macam mana lah saya boleh ingatkan awak lagi sedangkan dah sepuluh tahun kita tak bertemu.
Awak.. saya dah sah jadi tunangan orang. Tapi saya tak tau pun nama tunang saya tu. Kejam kan saya awak. Tapi saya nekad untuk melupakan awak. Buat apa ingat pada orang yang saya tak tahu khabarnya kan. Dan tak lama lagi saya bakal menjadi milik orang. Saya harus lupakan awak sepenuhnya. Maafkan saya sebab tak dapat nak tunggu awak lagi. Dah lama sangat saya menunggu. Bak kata mak, agaknya pokok dah tumbang pun buah tak jugak gugur. Huhuhu... mak memang hebat bab membelitkan peribahasa nie. Hehehe...
Kalaulah awak ada kat sisi saya waktu ni saya nak awak tahu yang saya sangat cemas dan risau menunggu cincin disarungkan ke jari saya. Serius, saya tak tahu siapa suami saya tapi awak saya akan hormat dia dan sayang dia sebagai suami saya. Awak..saat jari manis saya disarungkan cincin, dan dahi saya di cium, itulah saatnya saya melihat suami saya. Dan saat itu juga air mata saya mengalir tanpa saya pinta. Awak..... Saya rindukan awak. Kenapa saya nampak wajah awak pada suami saya. Saya nampak seperti awak yang tersenyum pada saya. Benarkah awak yang berda di depan saya? Yang sedang tersenyum pada saya.
Awak.. Saya tak tahu macam mana nak memulakan kata-kata. Benar saya terkejut melihat awak berada di depan saya. Kenapa saya tak tahu yang awak dah balik ke sini. Saya seorang je ke yang tak tahu awak dah balik? Awak.. Awak cakap awak rindukan saya tapi kenapa sepuluh tahun awak tak menghubungi saya?? Lama sangat tu awak. Saya menangis dan melepaskan semua tekanan saya kat awak. Hampir dua jam jugak saya menangis sampaikan awak kalut dan mak siap nak panggilkan ustaz lagi risau kalau saya kena sampuk. Lepas nangis saya terus tertido. Hahaha... Awak dan semua yang ada kat rumah malam tue terdiam.
Awak.. Terima kasih sebab masih berpegang pada janji lagi. Awak tak menghantar khabar sebab awak sakit kat sana. Awak cakap setahun lepas awak kat sana awak jatuh sakit. Mujurlah ketumbuhan pada perut awak tu dapat dikesan diperingkat awal. Jadi harapan untuk sembuh tinggi. Mesti awak menderita kan kat sana. Iyalah kan, sudahlah berada jauh dari keluarga terpaksa pula melawan penyakit sendirian. Maafkan saya kerana berprasangka buruk kat awak. Apapun... Kenangan kita dan kisah kita akan menjadi cerita buat anak-anak kita nanti.. Terima kasih kerana masih berpegang pada kata-kata awak..
selepas seminggu berada di tahun 2012 barulah saya sempat mengadap komputer ni. Aduhai banyak sangat perkara yang perlu dilakukan...
Hmmm.. Tahun baru menjelma lagi.. Thats mean kita telah meninggalkan satu tahun kebelakang kita.. kita dah meninggalkan tahun 2011. Saya lihat bila tahun baru meriah aje. Sane sini dengar bunyi mercun, bunga api. mengalahkan raya...
Tetiba saya terfikir.. patut ke kita menyambut tahun baru?? Kenapa bila tiba tahun baru mengikut kalendar Islam tidak pula kita sambut dengan meriah?? hmmm... Satu persoalan di situ kan..
Apabila taun baru bermula semua orang ada azam, cita-cita yang ingin di capai dalam tahun baru ni. Bagi saya lah kan setiap hari yang tiba adalah tahun baru, hari baru bagi saya. Tiada bezanya, yang penting Alhamdulillah sebab Allah masih panjangkan usia saya untuk melalui kehidupan yang penuh pancaroba ini. Rasanya tidak perlu tunggu tahun baru untuk mencapai azam dan cita-cita yang kita sematkan kerana bila-bila masa kita boleh mencapainya. Betul tak??
Apa-apa pun... saya harap semoga semua dapat melalui setiap hari dengan senyuman dan keindahan.. :)
Hari ini aku menerima jemputan perkahwinan seorang teman.. Seorang lagi temanku akan meninggalkan alam bujangnya. Ini bermakna makin berkuranglah seorang lagi yang berstatus single. Aku melihat cahaya kegembiraan terpancar di wajahnya. Iye la kan, akan menjadi milik orang tak lama lagi..
Kata mak, kawen tue memang seronok, indah jer.. Tapi kalau tak pandai jaga yang indah akan jadi sebaliknya.. hmmm... Aku mohon penjelasan dari ibu kesayangan ku..
Sebuah perkahwinan terbina atas dasar KASIH SAYANG dan CINTA. Tidak akan bahagia perkahwinan itu kiranya tiada tali pengikat iaitu kasih sayang... KASIH SAYANG adalah segala-galanya.. tanpa kasih sayang hidup tak kan bermakna. Namun perlu di ingatkan jugak, bukan semua orang kahwin di sebabkan kasih sayang sebab kita kan sering juga mendengar ada yang kahwin kerana TERPAKSA. Namun, perkahwinan itu akan indah kalau kita redha dan menitipkan kasih serta sayang dalam hubungan kita itu. Bercinta selepas kahwin kadang-kadang lebih mengembirakan. Kita belajar mengenali pasangan selepas berkahwin.
Betul cakap mak kan. Kasih sayang adalah segala-galanya. Tanpa kasih sayang dunia akan hancur. Tanpa kasih sayang hidup akan merana. Bayangkan lah, manusia tanpa kasih dan sayang akan melakukan apa sahaja, berbunuhan sesama sendiri, menganiyai dan membunuh binatang, memusnahkan alam dan sebagainya. Semua yang berlaku adalah kerana dalam hatinya tiada perasaan kasih dan sayang..
Tapi di mana kasih sayang ini bermula?? Bagaimana ingin memupuk kasih sayang?? Hmmm..Orang kata segalanya bermula dari saat di lahir kan. Saat kita di lahirkan, kita ibarat sehelai kain putih, bersih tanpa cela.. ibarat sebuah tanah kosong yang masih subur. Tanah yang akan di semai benih oleh orang sekeliling, oleh ibu bapa, keluarga, saudara, jiran tetangga dan juga sahabat. Benih inilah yang akan menghasilkan kasih sayang, cinta, benci, hormat dan sebagainya. Ia terpulang kepada benih apa yang dicampakkan di atas tanah itu. Benih itu akan bercambah mengikut keadaan sekeliling. Sebab itu orang kata kalau nak mendidik anak biarlah dari kecil lagi.
Bila sudah dewasa sukarlah untuk mendidiknya. Didiklah dengan kasih sayang kerana ia akan menghasilkan cinta. Jangan didik dengan kemarahan kerana ia akan membuahkan kebencian.
Itulah sebabnya kasih sayang itu sangat penting dalam perhubungan kita. Semoga kasih sayang yang erat akan menghasilkan sebuah cinta yang indah....
Wah.. Terlalu lama tidak ku jengah ke blog ku sendiri...
Dah lama juga tidak ku berjalan-jalan di blog kengkawan.. :)
Kesibukan dan jugak kerana saya di hantar ke tempat yang tiada talian internet.. dalam hutan la tu..
hmmm... nak buat macam mana kan, itulah rezeki saya..
Hmm.. kali ni saya nak share sesuatu. Mungkin tidaklah menarik sangat tapi tetiba ingin lak bercerita..
Dulu... dalam hati ini pernah bertakta seorang insan. Orang kata cinta itu indah, yup sememang nya indah dan terlalu indah bagi yang dilamun cinta. Pertama kali menyayangi seseorang, orang putih cakap "FIRST LOVE".. Iya, dia adalah insan yang berjaya menawan hati ini. Serius, bahgia sesangat waktu tu. Setiap kisah, cerita dan perjalanan hidup kami saya coretkan di laptop kesayangan. Diary cinta kami. apa jua kegembiraan, kesedihan, rasa tak puas hati semuanya saya coretkan di situ. Waktu tu saya pikir inilah kisah hidup saya dan akan saya ingat di hari tua nanti tatkala membacanya..
Tapi, saya memang terkenal dengan sikap kurang berhati-hati. Satu hari dia pinjam laptop saya dan saya terlupa nak 'lock' diari saya tu, so semua orang boleh teka kan??
Hohoho... My secret bukan lagi secret.. saya memang seorang yang cuai. aduhai sukar untuk ubah sikap yang satu tu... Dia membaca semua kisah hidup saya.. nasiblah tak banyak sangat saya mengata dia bila saya sakit hati. Jadi tak ada lah dia nak marah. Dan kerana diari saya lah dia lebih menghargai saya. kredit to my diari.. :)
Sampai satu masa hubungan kami di uji.. Insan ketiga muncul tanpa di undang. Sepanjang hubungan kami, jarang sekali kami bergaduh namun kehadiran manusia ketiga membuatkan kami acap kali bergaduh. Di saat-saat hubungan kami bergolak, dia menghadiahkan saya satu blog. Katanya blog itu untuk saya luahkan apa yang terbuku di hati saya.
Waktu tu saya terfikir, apakah sesuai segala isi hati saya menjadi bacaan umum?? hmmm... 'that is not my style' bukan cara saya untuk mem'public'kan isi hati saya. Ok, saya terima blog hadiah dia tapi bukan untuk luahan hati saya. Saya tak sempat nak pikir nak buat apa dengan blog tu.
Pelikkan, Blog pun boleh dijadikan hadiah. Blog kosong lak tu. Tapi kawan saya kata itu hadiah yang unik... hehehe.. ape-ape jela kan...
Namun, mungkin jodoh bukan milik kami, akhirnya saya mengudur diri dari permainan cinta ini. Saya tidak ingin terus dilukai bila ada insan yang berjaya memecah kesetiaan cinta kami. Bukan saya tidak ingin mempertahankan hubungan kami tapi hati ini yang tidak mahu terus-terusan dilukai.
Kini, kami cumalah kawan biasa. Saya pernah bagitau yang saya nak guna blog yang dia hadiahkan namun dia berharap saya tidak menggunakan blog tu lagi. Mungkin benar katanya, saya akan sentiasa mengingatinya kalau terus menggunakan blog tu. jadi saya tidak tahu apa yang terjadi dengan blog tu selepas itu.
Apa yang ingin saya sampaikan ialah,
"Cinta tak semestinya berakhir dengan senyuman, terus ke jinjang pelamin..
Kerna ada cinta yang tersangkut dipertengahan jalan.. Tergelincir dari landasan asal..
Cinta tak menjanjikan bahagia..
Kerna ada ketikanya air mata menjadi peneman..
Cinta bukan sekadar ungkapan tapi cinta perlu hadir dari segenap hati yang luhur..
Cinta tidak memerlukan harta tapi memerlukan keikhlasan..
Menyintai dan di cintai adalah sesuatu yang indah..
Namun keindahannya belum tentu selamanya kiranya dua hati tidak bersatu sepenuhnya...
Jika dua jiwa tidak boleh menjadi satu...
Cinta sememangnya membuatkan kita tersenyum tapi jangan kita alpa ada waktu cinta membuatkan kita menangis...
Cinta boleh ditafsir dengan pelbagai variasi kerna kita yang mevariasikan cinta itu...
Kita yang membuatkan cinta itu indah dan...
Kita juga yang membuatkan cinta itu Menjadi derita...
Semoga kita bijk mengendalikan cinta kita agar ia menjadi cinta yang sebenarnya dan membuatkan kita tersenyum selamanya.. :"