Monday, May 14, 2012

MASALAH..

Assalamualaikum w.b.t..

Hai... salam semua..


Kehidupan kita ini tidak pernah lepas dari masalah kan. walau kita berharap masalah tak akan datang tapi dia datang jua tanpa diundang, dia mengetuk kehidupan kita dan masuk tanpa izin.. Kenapa?? Kenapa perlu ada masalah?? Kenapa seolah-olah masalah yang datang dalam kehidupan kita terlalu payah untuk kita hadapi??

Sahabat semua.. Ketahuilah dengan masalah kita akan cari jalan penyelesaiannya.. berfikir..berfikir..dan berfikir.. Untuk apa kita dikurniakan akal fikiran yang waras jika tidak mahu digunakan... Setiap masalah pasti ada jalan penyelasaian. Ia sama konsep dengan Matematik.. Mana ada soalan yang tiada jawapannya. yang membezakan hanya penyelesaian yang panjang ataupun pendek..

Teman sekalian... Masalah yang datang akan menjadikan kita lebih matang dan menjadikan kita lebih kuat.. Masalah juga akan menambahkan pengalaman kita dalam kehidupan.. Kerana masalah kita kan menjadi lebih berhati-hati dan kita akan terus berjuang..

Janganlah kita biarkan masalah itu membelenggu kita sehinggakan kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa dan hanya berserah menyalahkan takdir.. Kehidupan ini "simple".. Mudah sangat tapi kita yang merumitkannya.

Sebagai contoh..kita dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Satu masalah kewangan... Masalah juga kan.. pernah tak kita berfikir kenapa ALLAH meletakkan kita pada situasi begitu?? Miskin atau kaya bukan jaminan syurga.. Kalau kaya namun alpa padaNYA apalah erti hidup ini, andai miskin tapi sentiasa Redha denganNYA, sentiasa mengingati sudah pasti jaminan syurga akhirnya... Harta dunia tak pernah kekal, tapi syurga dan neraka kekal abadi.. Bersyukurlah dengan setiap pemberiannya kerana DIA lebih tahu.. Kadangkala DIA meletakkan kita dalam satu situasi untuk menguji kekuatan dan ketabahan iman kita, ALLAH tidak pernah kejam... DIA tidak akan menguji hambaNYA seandainya kita tidak mampu menghadapinya.

Saudara-saudaraku.. Kehidupan ini penuh dengan ranjau berliku, onak berduri, dan kehidupan juag penuh dengan kejutan... Tapi percayalah selagi akal fikiran masih boleh digunakan, gunalah sebaiknya, selagi udara masih boleh dirasa bersyukurlah kita. Jangan biarkan masalah menghantui kita tapi biarlah kita yang menhantui masalah... Semoga hari-hari kita akan lebih tenag dan bahagia..

P/S: Kehidupan ini hanyalah sementara, harta, kecantikan dan duniawi hanyalah persinggahan dan jambatan untuk kita menuju ke akhirat.. :)

0 comments:

Post a Comment

sweet corn