Monday, September 26, 2011

Puitis Lagi..


Abang..
Kiranya pada waktu ini aku ingin meluahkan sesuatu..tanpa bicara tanpa suara..hanya kata yang terbuku di hati. Mungkin perhubungan kita adalah sesuatu yang di luar jangkaan kita kerna kehadiran ku di saat diri mu sudah di miliki. Sudah puas ku cuba menjelaskan pada diri ini, kamu sudah berpunya. Namun, hati tidak ingin mendengar kata ku ini…Kenapa abang???? Kenapa kau muncul dalam hidup ku waktu ini.?? Sungguh hati ini gelisah memikirkannya. Ada gundah, ada gelisah... hati selalu berkata, Andai nya kau bukan milik sesiapa, tidak lah hati ini terlalu resah gelisah. Namun, siapa mampu menolak ketentuan takdirNya...

Abang..
Pertemuan kita mungkin telah ditakdirkan, kau hadir di kala aku memerlukan seorang insan yang boleh mengubat hatiku yang terluka. Dan aku harap kehadiranku mampu memberi kegembiraan kepadamu. Sungguh, aku amat menyayangi mu. Entah mengapa dan bila perasaan itu muncul, tapi hatiku kuat menyatakan, aku cinta padamu abang... kerinduan yang bersarang di hati tatkala dirimu jauh dari pandangan menyedarkan aku yang aku terlalu mencintaimu. Rindu... sunggguh kuat rindu ku padamu. Terasa setiap detik waktu aku ingin bersama mu. Tidak ingin berpisah berjauhan dengan mu. Namun, itu tidak mungkin kerna kau bukan milikku....

Abang...
Bagiku, cinta itu terlalu indah.. iya, cinta itu sememangnya indah tapi menyakitkan, menyakitkan tatkala rindu datang bertandang.. kerna rindu membuat hati resah gelisah. Kerana rindu jua membuatkan juwa gundah gulana. Setiap saat ku mengingatimu  dan saat itu sungguh menyiksakan. Kerna aku terlalu berharap kau akan berada di depan ku. Tapi mustahil, itu hanya harapan, sedangkan kenyataan adalah berbeza..kau selalu berkata padaku, seandainya kau belum berpunya, setiap masa kau akan bersamaku. Tapi ku sedar itu tidak mungkin berlaku kerana kenyataan yang harus aku terima adalah berbeza dengan apa yang kita mahu kan...


Abang...
Sungguh kehadiranmu memberi sinar kebahgiaan dalam hidup ku, aku bahagia di sisimu. Saat bersamamu adalah saat terindah yang pernah aku miliki, aku mampu ketawa riang di samping mu. Kau sering mengembirakan aku. Terima kasih..sesungguhnya aku insan yang bertuah kerana dapat mengenali mu, dapat mendengar gurauan mu, dapat menjadi tempat mengadu mu. Ternyata aku gembira. Seandaimya kita dapat bersama, alangkah indah nya hidup ku ini. Aku mula takut akan kehilangan mu, aku mula gusar andai kau pergi dariku kerna aku bukan insan yang sempurna...

Abang...
Aku terlalu menyintai mu, menyayangi dan merindui diri mu. Aku jua takut kehilanganmu. Satu pintaku, jaga lah cinta dan kasih sayang ku ini, kerna hanya ini yang termampu untuk aku berikan padamu....Cinta ini hanyalah milikmu, kasih ini hanya lah untukmu, sayang ini khas buat dirimu dan rindu ini hanyalah kepadamu wahai kekasih hatiku....

Sunday, September 25, 2011

Puitis Ku...

Assalamualaikum....
Senyuman untuk semua..

 Tetiba rasa seperti ingin berpuitis even sy bkanlah seorang yang pandai berpuitis... :)
.
Aku masih lagi dalam kegelapan
Masih mencari sinar yang entah bila kan kunjung tiba
Aku masih lagi meraba
Mencari sedikit cahaya kekuatan
Bukan mudah untuk meneruskan semuanya
Banyak rintangan yang perlu di tempuhi
Aku bukannya kuat
Untuk menghadapi masa yang masih panjang
Apa yang aku perlukan
Sedikit kekuatan..pinjamkan aku kekuatanmu
Pinjamkan aku ketabahanmu
Kerna aku perlukan semua itu
Untuk teruskan perjuangan hidup ini
Agar aku tidak rebah dipertengahan
Aku ingin terus melangkah
Melangkah dan terus mara
kerna aku tahu
dihadapan sana ada sinar yang menanti
aku tidak ingin lagi  meraba dalam gelap
biar cahaya menyinari hidup ku
kerna itu..
aku perlukan kamu...

Thursday, August 25, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak & Selamat Hari Raya..

Assalamualaikum... hai kepada semua yang blogger yang berkunjung ke sini...

Bulan Ramadhan yang kunjung tiba hampir ke penghujungnya.. Bulan pose ni agak busy. Termenung seketika bila melihat atas meja berlambak dengan kerja yang perlu disiapkan. Entah bila lah kerja ni dapat disiapkan kerana dalam seminggu tu hanya sehari dua je ada kat ofis, asyik keluar aje... haisssshhhh... bos...silalah tambah pekerja, penat sudah ni....huhuhu..

Kerana kesibukan nie lah tak sempat nak bukak blog dan blogwalking... Hari ni curi masa sikit untuk jalan-jalan ke blog orang lain..hehehehe..

Apa pun Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri... Mohon Maaf kalau ada salah silap, terkasar bahasa, tercuit hati dan apa-apa aje lah... akhir kata.. Senyum...kerana senyum blh kurangkan tekanan dan blh buat orang lain tersenyum jugak.. :)

Monday, August 8, 2011

RINDU

Rindu yang menyesakkan dada..
Mengenalimu entah mengapa membuatkan aku resah gelisah..
Mengenalimu membuatkan hidupku tak menentu..
Kau hadir ketika ku memerlukan seorang teman..
Kau muncul tatkala aku kesepian..
Sungguh.... Coletehmu membuatkan aku ketawa..
Senyumanmu sentiasa bermain difikiran..
Aku mengharapkan kau menjadi milik ku..
Akan ku sunting diri mu menjadi suri dalam hidupku..
Ingin ku sunting mu agak menjadi teman selamanya..
Akan kubuktikan kasih dan sayangku bukan hanya mainan bibir..
Biarlah cinta kita bersatu....
Biarlah rindu di hati ini hilang...
Sesungguhnya cinta ini milikmu jua..

Sunday, June 19, 2011

P.E.R.S.A.H.A.B.A.T.A.N


Pertemuan yang tak dijangka..
Mewujudkan sebuah persahabatan..
Melahirkan senyuman dan gelak ketawa..
Mencoretkan pelbagai kenangan..
Mengenai kau dan aku..
Persahabatan yang tiada penghujungnya..

Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku..
Menjadi teman dan saudara ku...
Terima kasih kerana muncul dalam kisah hidupku..
Kerana kamu salah seorang yang mewarnai..
Perjalanan hidupku...
Semoga persahabatan ini  bukan untuk hari ini
Tapi persahabatan kita ini hingga ke akhirnya...
Kerna aku tidak ingin kehilangan sahabat sebaikmu..
Semoga persahabatan ini tiada penghujungnya..

Wednesday, June 15, 2011

Di hati kita..


Semalam  dengan nyatanya dia menjadi hak orang lain. Ternyata dia bukan milikku. Ya Tuhan, kenapa sukar untuk aku menerima kenyataan bahawa dia tidak tercipta buat ku?? Dia lebih tegar memilih insan lain berbanding aku. Sejak mendengar berita persandingan dia, aku merasa sakit sangat, hati ini terguris, kecewa yang amat. Kenapa sukar untuk aku melupakan dia??
Ku luahkan apa yang ku rasa kan kepada sahabatku. Sakitnya hati bila di lukai. Tapi tenang sahabatku menjawab….


“Cintai lah DIA lebih dari awak menyintai dia, letakkan keutamaan awak pada DIA, kerana bila awak meletakkan DIA di hati awak, hidup awak akan lebih tenang. Maaf sebab saya bukanlah pandai sangat menasihati orang, dan saya bukanlah seorang ustaz.. Apa yang dapat saya kata kan letakkan lah DIA paling atas dalam hidup kita.”


Aku terdiam seketika. Ayat nya tidak lah panjang berjela tapi cukup mendalam maksudnya.. Mungkin benar kata sahabatku, sekiranya kita mengingati DIA, kita akan merasa ketenangan. Dan aku mula belajar menerima hakikat bahawa cinta sesama manusia tidaklah kekal seperti cinta kita pada yang MAHA PENCIPTA. 


Hari ini aku ingin menjadi hambanya yang sentiasa mengingatiNYA, yang meletakkan dia paling atas dalam hidupku. Semoga aku akan merasa lebih tenang dengan menyintai DIA dan mengasihi RasulNYA. Terima kasih buat sahabat kerana mengingatkan aku.. Mungkin aku tersasar seketika, hanyut dengan cinta dunia hingga lupa pada cinta yang hakiki…

sweet corn