Tuesday, June 7, 2011

Kasih Kekasih..


Kekasih….
Aku bukanlah seorang pujangga yang pandai berkata-kata…
Yang bijak bermadah…yang arif berpuitis…
Tapi aku seorang pencinta.. pencinta cinta…
Dengarlah luahan kata-kata hatiku, yang kini hidup kerna cinta..
Ia, aku hidup hanya kerna cinta…
Tanpa cinta tiada makna hidup ini kurasakan…
Tanpa cinta aku hanya insan yang hidup tanpa jasad…
Tanpa cinta matilah daku…

Kekasih…
Mengenalimu adalah suatu anugerah yang amat berharga buatku…
Cinta yang kau hulurkan bagaikan suatu yang tak ternilai harganya…
Terima kasih kekasih di atas kasih sayang dan cinta mu..
Moga cinta kita bukanlah sekadar satu kisah yang pendek tapi        
kisah yang panjang…
Yang penghujungnya hanyalah kematian….

Kekasihku….
Ketahuilah olehmu yang aku amat mencintaimu…                              
Kau sering membuai perasaan hatiku…
Kau terlalu bermakna buatku…amat bermakna..
Ku ingin kau sentiasa mengetahui yang cintaku hanyalah untukmu,
Tak mungkin ada lagi insan yang bergelar lelaki mampu hadir
mengetuk pintu hatiku kerna ia telah ditutup oleh cintamu…

Kekasihku…
aku amat merinduimu kini…
kita berjauhan.. iya, kita memang selalu berjauhan sejak di awal perkenalan kita lagi… pertemuan kita yang hanya sekali sekala membuatkan aku rindu padamu…
rindu yang teramat sangat… ku rindu pada raut wajahmu, pada gelak tawamu dan juga usikanmu… sesungguhnya ku rindu segala-galanya tentang kamu…

Kekasih………
Kini ku amat bahagia bersamamu….bahagia dalam mengenalimu… ternyata kau seorang yang romantis dan penyayang….

Kekasih…
Janganlah kau tinggalkan daku kerna ku pasti takkan dapat menerimanya…. Andai perpisahan yang kau jua yang kau pinta, pasti luluhlah jiwaku. Kecewalah hatiku…
Kelukaan yang kau hadiahkan tiada ubatnya, hanya penderitaan dan kesakitan yang akan kurasakan… janganlah kau tinggalkan daku…ku takut tak mampu nak hadapi hakikat itu kerna kelukaan itu pasti merosakkan jiwa dan perasaanku…

Perantau...


Mencari kebahagian di sebalik kesedihan yang terselindung…
Aku merantau dalam kepahitan dan keperitan hidup…
Akulah perantau yang tidak tahu arah tuju…
Kemana harus ku langkahi???

Berikan aku sedikit cahaya kebahgiaan agar ku dapat
Mencalitkan biar sedikit senyuman…
Agar semangat kembali berkobar…
Berikan aku sedikit cintamu agar dapat ku mengerti
Apa itu kasih sayang…        

Mencari kebahgiaan yang tak pasti…
Siapa yang akan bawa rasa itu terus ke hatiku…
Dan kini…aku terus merantau mencari
Erti sebuah kehidupan….
                                             
Semalam, hari ini dan esok,
Tiada apa yang berubah,
Ntah sampai bila kisah hidupku akan terusan
Diiringi dengan sendu…

Mengapa tiada siapa yang mengerti…
Apa yang ku rasa kini hanyalah kesepian,
Kesepian yang ntah bila kan ada nokhtahnya…
Aku sepi.. sepi, sendiri, dan sunyi…
Menderita dan terusan terluka…
Mengapa tiada siapa yang mengerti…
Ahh!!! Siapa yang akan peduli orang seperti ku…
Yang hanya mengharap simpati..
Itulah aku perantau yang tidak pasti di mana penghujung jalan….

Note: Tetiba ingin berpuitis seketika...hehehe... 

Wednesday, June 1, 2011

SAHABAT, TEMAN DAN KAWAN... :)



Sahabat setia sentiasa bersedia membantu..
Sentiasa di sisi di saat diperlukan.. Sentiasa menemani saat kesusahan…
Selalu mendengar apa jua cerita temannya..
Sahabat sejati sentiasa tersenyum bersama dan turut bersedih tatkala temannya menitiskan air mata..
Sentiasa ikhlas membantu dan mendengar..
Semoga sahabat sejati akan menemui sahabat yang sejati kerana kadang-kadang kita sendiri tak mampu nak menjadi teman sebaik teman kita… Cuma kita cuba untuk menjadi yang terbaik kan..


Sahabat…seorang teman..seorang kawan..
Kadang-kadang teman, kawan dan sahabat kita sama kaum dengan kita, kadang kala sahabat baik kita tue berlainan kaum dengan kita… tak salah kan berkawan dengan yang berlainan jenis.. Siapa kata lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan?? 

Kadang-kadang teman yang berlainan jenis ni lagi memahami dari yang sesama kita kan.. Kadang-kadang lelaki lagi memahami perasaan perempuan dari kawan perempuannya sendiri dan begitu juga dengan sebaliknya..

Tak semestinya lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan baik dan hanya boleh bercouple je. Tak salah berkawan selagi tidak menyalahi hukum hakam dan agama. Berkawan tapi batas perlu di jaga juga sebagai seorang islam.
Seandainya kita punya teman yang memahami kita boleh berkongsi masalah pendapat dan juga cerita pasti tekanan dapat dikurangkan.. Dan kita haruslah pandai menghargai teman kita supaya tiada yang berkecil hati. 

Kadang kala kan dengan kawan kita boleh menunjukkan sikap kita yang sebenar tapi dengan kekasih kita tidak boleh menunjukkannya. Kawan lagi mengenali kita dari kekasih kita dan mungkin kerana itu kadang kala kita lagi rapat dengan kawan berbanding kekasih kita namun dia tetap hanya kawan di hati kita.

Semoga semua sahabat, teman dan juga kawan yang sebenar-benarnya, yang punya hati yang ikhlas dan jujur akan dirahmati oleh nya… dan sama-samalah kita menjadi seorang teman yang mampu membantu teman kita.. Semoga persahabatan ini tiada penghujungnya…

Tuesday, May 31, 2011

..MAAF..


MAAF…. Mudah sangat nak lafazkan perkataan ni. Mudah jer nak menyebutnya. Tapi mungkin bagi orang yang tinggi egonya perkataan MAAF ni macam emas, susah nak di ucapkan. Memang bertuahlah kalau boleh dengar ucapan maaf dari mulut orang yang susah untuk melafazkannya. Tapi itu hanya segelintir je kot.

MAAF… semua orang boleh ucapkannya sebab untuk melafazkannya tidak perlu bayaran. Berkali kali melafazkannya pun tak apa kan. Senang je nak ucapkan kata-kata maaf nie. Buat salah sikit mintak maaf, buat salah sikit mintak maaf. Memanglah meminta maaf tu bagus sebab kita mengaku kesalahan kita tapi kalau dah selalu je diucapkan bosan jugak kan. Apa kata kalau perkataan maaf itu ditukarkan dengan berfikir cara untuk tidak selalu diucapkan.  Kalau dah selalu sangat melakukan kesalahan tu pastikan selepas ini tidak lagi melakukan. Berfikir ni boleh membuatkan kita menjadi lebih baik dari yang sebelum ini kan.
p/s : Walau apa pun…Memaafkan orang tu adalah sifat yang terpuji. Ini menunjukkan yang kita tidak menyimpan dendam dan boleh membuatkan kita lebih tenang. Berdendam itu kan tidak elok.. 

Thursday, May 12, 2011

What Do u think about POLYGAMY??




 Aiseimen… Tetiba terkeluar lak tajuk campur-campur ngan mat salleh nie..hoho..pastu tajuk macam nak buat assignment.. hehehe..
Tajuk tu mungkin hot mungkin jugak tidak.. tapi bagi saya kan isu poligami nie menjadi hot pada kalangan perempuan dan menjadi isu yang digemari oleh kaum lelaki.. (opsss…kalau salah tanggapan saya maaf yer…sebab ia hanyalah pandangan saya..)

Mungkin disebabkan saya yang suka melihat suasana dan orang disekeliling (bukan busy body yer…) hanya memerhati  sahaja dan saya yang berkawan dengan semua jenis golongan termasuklah golongan yang sudah berumahtangga. Saya melihat dan mendengar kisah, celoteh tentang kehidupan mereka. Tiba-tiba tertanya-tanya di hati saya kenapa mesti beristeri lebih dari satu?? Takdir dan ketentuan???

Berkongsi cerita seorang teman.. sekadar untuk dijadikan kisah dan tauladan. Seandainya elok ia jadikan lah pengajaran yang berguna, tapi sekiranya ada yang tidak elok jangan lah ditiru pula…
Seorang teman pernah meluahkan isi hatinya kepada saya. Katanya bukan niat untuk membuka pekung di dada, bukan niat untuk menghina atau mengutuk.. Hanya sekadar luahan untuk menghilangkan tekanan. Mungkin benar, kadang kala berkongsi cerita mampu menghilangkan tekanan. Tapi adakah berkongsi kasih akan menghilangkan tekanan??? Jeng..jeng..jeng…

Teman saya kini seorang yang bekerjaya. Namun kisah ini bermula ketika dia masih menuntut di sebuah IPTA. Dia bukanlah seorang yang cantik tetapi dia ada daya penarik yang tersendiri. Dia seorang yang lemah lembut dan sangat baik. Cinta hatinya hanyalah pada seorang yang sudah lama dikenalinya. Namun mungkin sudah suratan, takdir dia untuk bersama buah hatinya tidak kesampaian kerana sang kekasih membuat onar dan akhirnya membuatkan dia memilih untuk meninggalkan lelaki tersebut.

Bukan mudah untuk melupakan cinta pertama apatah lagi cinta itu sudah berputik bertahun-tahun lamanya. Namun takdir jua yang mengubah segalanya. Segala kisah sedihnya di luahkan kepada seorang insan yang dianggap seperti abang, seperti pelindung dikala diperlukan. Walaupun baru dikenali namun dia tahu lelaki tersebut boleh di percayai.  Teman terhibur dengan kehadiran abang nya itu. Sentiasa membuat dia ketawa. Kata lelaki tue, dia tidak suka melihat perempuan menangis. Namun, siapa menjangka disebalik ketawa nya ada tersimpan seribu permasalahan, kisah duka dan sedih. Rupanya ketawanya hanya untuk mengaburi mata orang lain yang dia tiada masalah. Teman mengetahuinya melalui insan yang terdekat dengan lelaki itu. Siapa sangka dia mempunyai masalah dengan isterinya. 

Teman cuba untuk menyelongkar kisah lelaki yang di anggap abang itu. Ingin mengetahui benarkah dia mempunyai masalah keluarga. Akhirnya segalanya terungkai apabila dengan rela dan berat hati lelaki itu menceritakan kisah hidupnya. Katanya bukan untuk mengata, bukan untuk mengutuk tapi itu kenyataan. Buruk – buruk pun tetap isterinya.. cerita itu hanyalah supaya teman tidak menjadi seperti isterinya sekiranya mendapat pasangan hidup nanti. (ini bermaksud cerita di dalam cerita..hihi). Rumah tangga mereka tidak pernah aman, katanya dia dan isteri nampak bahagia bila berdepan dengan orang tapi hakikatnya di belakang selalu bergaduh. Ada sahaja isu yang boleh menyebabkan mereka bertenggang urat. Ini semua gara-gara sifat cemburu dan curiga isterinya yang keterlaluan. 

Suami yang keluar rumah mencari rezeki, bekerja keras untuk menanggung keluara tidak di hargai sepenuhnya tapi di hina. Tatkala balik lambat di tuduhnya bersama perempuan lain. Dan teman saya adalah perempuan pertama yang keluar dengannya  sejak dia berkahwin 6 tahun yang lalu. Kata orang setiap kata-kata tue doa, dan tuduhan boleh menjadi realiti. 

Bagi lelaki itu mengenali teman adalah sesuatu yang amat bermakna. Segala masalah di rumah dapat di kurangkan. Bukan dia berniat untuk mencari yang baru namun keserasian di antara mereka itu ada. Hubungan mereka akhirnya berubah. Teman kadang-kadang mendengar sendiri penghinaan, maki hamun sang isteri kepada suami...

Saya menjadi hairan, bukankah seorang isteri haruslah menghormati suami, bercakap sopan dan melayan suami dengan baik. Namun menurut cerita teman, isteri lelaki itu bukan seperti yang diharapkan. Keluar rumah sesuka hati. kesian teman kepada lelaki itu bertukar menjadi sayang. Dia tidak mintak untuk jatuh cnta pada suami orang, dia bukanlah berniat untuk menggatal dengan suami orang. 

Namun takdir menemukan mereka. Bukan teman tidak pernah cuba untuk lari namun akhirnya teman tetap bertemu dengannya. Sebenarnya cerita teman terlalu panjang tetapi saya ringkaskan kerana tangan saya sudah penat untuk menekan huruf-huruf di keyboard nie..hehehe.. sori.. tapi saya rasa cerita saya ini sudah boleh di fahami kan.. 

Saya bukan ingin menyokong poligami ini tapi saya juga tidak menentangnya kerana ia bukan haram... Cuma dari cerita teman tue, saya rasa sang isteri tidak pantas menjadi isteri kerana sikapnya yang buruk terhadap suami. Dan andai kata perpisahan jalan terakhir tidak akan ada poligami namun sekiranya jodoh mereka kuat, mungkin suaminya akan berkahwin juga dengan teman sebagai isteri kedua... bagi saya seorang isteri kenalah pandai menjaga rumah tangga dan hubungan kekeluargaan bagi mengekalkan kebahagiaan. Lelaki mungkin tidak akan memandang perempuan lain seandainya isterinya sudah sempurna di mata nya. .

Satu lagi kisah teman yang mungkin boleh dikongsikan bersama. Kisah yang dicerita oleh seorang teman jua. Seorang isteri dan ibu yang sangat sempurna di mata yang mengenali. Saya sendiri mengakui dia sememangnya sempurna. Seorang yang baik, lemah lembut dan sopan santun.

Suaminya memberitahu saya dalam dunia ni nak bertemu dengan orang seperti isterinya mungkin hanya satu dalam seribu orang. Sehinggakan dia sendiri yang mencadangkan agar suaminya kahwin lagi. Namun teman memberitahu saya  “mana mungkin saya mencari yang lain sedangkan isteri saya sudah terlalu sempurna buat saya. Andai kata saya kahwin lagi apakah perempuan itu sama seperti  isteri saya? Sesempurna dia ke?? Dia terlalu istimewa dalam hidup saya untuk disakiti” itulah kata-kata teman kepada saya semasa menceritakan kisahnya. 


Bila mendengar cerita teman-teman saya jadi terfikir mengenai isu ini. Bagi saya kebahagiaan rumahtangga terletak pada hati. Kenapa saya berkata demikian?? Kerana niat itu melalui hati, jika ikhlas niat kita tue, jika ikhlas apa yang kita lakukan kebahagiaan akan muncul dengan sendiri. Kita yang mencipta kebahagiaan itu melalui sentuhan hati kita sendiri... itulah pandangan saya dan saya tidak tahu bagaimana pendangan orang lain..

sweet corn