Saturday, January 7, 2012

Tahun Baru..

Assalamualaikum...

selepas seminggu berada di tahun 2012 barulah saya sempat mengadap komputer ni. Aduhai banyak sangat perkara yang perlu dilakukan...

Hmmm.. Tahun baru menjelma lagi.. Thats mean kita telah meninggalkan satu tahun kebelakang kita.. kita dah meninggalkan tahun 2011. Saya lihat bila tahun baru meriah aje. Sane sini dengar bunyi mercun, bunga api. mengalahkan raya...

Tetiba saya terfikir.. patut ke kita menyambut tahun baru?? Kenapa bila tiba tahun baru mengikut kalendar Islam tidak pula kita sambut dengan meriah?? hmmm... Satu persoalan di situ kan..

Apabila taun baru bermula semua orang ada azam, cita-cita yang ingin di capai dalam tahun baru ni. Bagi saya lah kan setiap hari yang tiba adalah tahun baru, hari baru bagi saya. Tiada bezanya, yang penting Alhamdulillah sebab Allah masih panjangkan usia saya untuk melalui kehidupan yang penuh pancaroba ini. Rasanya tidak perlu tunggu tahun  baru untuk mencapai azam dan cita-cita yang kita sematkan kerana bila-bila masa kita boleh mencapainya. Betul tak??

Apa-apa pun... saya harap semoga semua dapat melalui setiap hari dengan senyuman dan keindahan.. :)

0 comments:

Post a Comment

sweet corn