Saya nak share kata-kata seorang hamba ALLAh ketika saya meluahkan kisah saya padanya.. Kata-kata dia amat bernas dan memberi semangat tatkala diri terasa ‘down’ sangat-sangat.
“Kita tidak pernah dapat menduga bagaimana kehidupan kita ni kan. Iyelah, bak kata orang, tak selamanya kita diatas (If kita ni orang yang berada atau dah dilahirkan dalam keluarga yang berharta), tak selamanya kita akan senang. Kalau Allah S.W.T nak tarik balik nikmat yang dia beri kat kita sekelip mata je dia akan tarik. Dan bila DIA ingin memberi nikmat or rezeki kepada kita dalam sekelip mata kita akan dapat. Tapi kena ingat bukan mudah untuk mendapatkan rezeki. Usaha itulah jalan untuk mendapatkannya. Makin banyak usaha kita makin banyaklah rezeki kita dan setiap rezeki yang kita perolehi kita kena bersyukur kerana semuanya bukan milik kita yang abadi.”
“Bila kita dah terbiasa hidup senang tetiba kita hilang semuanya. Kita terpaksa menempuh sendiri segalanya. Pasti terasa ingin hentikan masa dari terus berjalan. Jika sebelum ini hidup kita bergantung harap pada orang lain, kiranya dia tiada pasti dunia kita kelam. Kerna itu kita kena belajar bersedia menempuh segalanya, apa jua rintangan dalam hidup kita ini kerana hidup tak pernah sunyi dengan cabaran.”
Jika sebelum ini hidup bergantung kepada mak dan ayah, bila dah kerja bergantung pada diri sendiri. Perit rasanya bila kerjaya yang di bina sememangnya menjanjikan pendapatan yang lumayan tetapi akhirnya jadi sebaliknya. Berbulan-bulan bekerja tanpa gaji. Niat untuk bekerja di samping mencari pengalaman serta ilmu sebanyak mungkin akhirnya membuatkan fikiran kusut. Bila En Bos belum memberi tanda-tanda gaji akan masuk, semuanya dalam tekanan. Tapi hairan tiada siapa pun yang berhenti. Dan saya adalah salah seorang merasa tekanan itu. Jika sebelum ini semuanya mak yang support tapi sekarang malu nak mintak dengan mak. Dan bila semua ini berlaku, barulah terasa bagaimana susahnya mencari sesuap nasi. Barulah tahu bagaimana menjalani hidup susah. Kini, baru merasa bersyukur dengan kehidupan sebelum ini dan juga bersyukur kerna disedarkan seawal ini bahawa betapa susahnya mencari sesuap nasi. Menitis air mata ini tatkala mengingatkan kehidupan ini namun hati perlu dikuatkan. InsyaAllah..bumi Tuhan ini luas.. Rezeki ada dimana-mana. InsyaAllah, andai ditakdirkan rezekiku masih di sini, akan ku teruskan dengan harapan company ini akan bertambah baik dan kembali seperti sebelumnya. Kata-kata semangat itu akan terus ku pegang untuk ku terus melangkah ke depan dengan yakin. InsyaALLAH....
0 comments:
Post a Comment