Saturday, January 7, 2012

Kisah Kita


Awak..awak ingat tak dulu kita selalu lepak kat sini.. Sini...bawah pokok ni.  Kita suka berkhayal kat sini.. Seronok kan awak...
Saya rindu sangat waktu tu... Awak ingat tak kita berkhayal pasal masa depan kita sampai tertido-tido tak sedar dah maghrib. Apa lagi sampai je tangga rumah, mak saya membebel tak henti-henti. Dan tak sangka awak pun kena bebel kat mak awak jugak kan. Hahaha..
Satu lagi peristiwa yang saya tak boleh lupa masa awak ajar saya kayuh basikal. Habis pecah pasu bunga mak awak. Bulat mata mak awak bila tengok bunga ros kesayangannya dah tumbang menyembah tanah. Awak kena marah lagi. Yela, mak awak kan sayang saya mesti dia tak marah saya kan... hahaha..  Apa pun lepas tu saya dah pandai kayuh basikal. Terima kasih ye awak.

Awak... awak ingat tak saya kena demam panas. Awak sanggup bermalam kat rumah saya sebab nak jaga saya. Masa tu saya cakap awak berlagak macam orang dewasa. Mak saya boleh jaga saya. Tapi awak cakap awak risau sangat sampai tak boleh nak tidur. Bila saya ada depan awak mesti awak tahu keadaan saya macam mana. Bila saya dah sihat, kita lepak  kat tempat biasa. Bawah pokok di tepi sungai. Masa tu awak cakap yang awak akan jaga saya sampai bila – bila. Saya nak awak janji. Awak cakap ok, awak janji akan jaga saya selamanya.

Banyak kenangan kita kan awak. Bila saya ingat kenangan kita bersama dulu saya akan tersenyum, dan kadang-kadang ketawa sorang-sorang. Tapi kan awak kenangan cuma tinggal kenangan. Lepas awak tamat sekolah, awak  dapat sambung belajar kat Australia, University of Queensland. Masa tu saya nampak awak ‘happy’ sangat. Mesti ‘best’ kan dapat belajar kat luar negara. Bila kat sana awak janji yang awak akan selalu hantar surat tak pun ‘email’ kat saya. Awak cakap yang awak akan tunggu saya kat sana. Saya nekad akan belajar bersungguh-sungguh sampai saya dapat ke sana.

Dua tahun saya berusaha. Akhirnya saya jugak dapat tawaran ke sana. Tapi saya terpaksa batalkan hasrat saya sebab mak tak sihat. Sejak akhir-akhir ni mak selalu sakit-sakit. Saya tak sanggup nak tinggalkan mak saya sorang-sorang kat sini. Australia bukannya dekat. Inilah pengorbanan anak kepada ibu yang dah bersusah payah membesarkan saya. Saya Cuma belajar kat universiti tempatan je. Alhamdulillah, saya dapat UUM, tak lah jauh sangat dengan rumah, jadi boleh  berulang alik.

Awak.. setahun awak berada kat sana awak masih menghantar  khabar pada saya. Tapi lepas setahun awak senyap. Saya tertunggu-tunggu jugak surat dan email awak. Tapi tak ada satu pun. Dah berpuluh Email yang saya hantar, satu pun tak balas. Mula-mula saya ingatkan awak sibuk tapi takkanlah setahun tak ada masa langsung untuk menghantar khabar kepada saya. Setahun, dua tahu, tiga tahu, enam tahun. Lama saya menunggu tapi masih tak ada khabar berita.  Awak... Saya dah 3 tahun bekerja. Tak kan lah awak langsung tak ingat kat saya dan keluarga kat kampung. Saya adalah risik-risik khabar awak dekat mak awak, tapi hampa. Mak awak cakap awak langsung tak ada hubungi dia.
Kini awak.. dah sepuluh tahun berlalu. Awak masih sepi tanpa khabar. Saya masih tunggu awak sebab saya nak awak tunaikan janji awak. Dah banyak pinangan yang saya tolak, mak pun dah berbuih mulut membebel sebab saya masih sendirian. Mak cakap tak payah tunggu buah yang tak tahu bila nak gugur. Saya faham maksud mak tapi buat-buat tak tahu. Tak apalah mak, buah lama mana sangat nak bertahan, lama-lama akan gugur jugak. Bezanya lambat ataupun cepat. Saya balas kata-kata mak dalam hati je. Hehehe... Risau akan menambahkan bebelan mak kalau menjawab. Saya rela pekakkan telinga demi awak...

Tapi awak, kedegilan mak tak boleh dilawan oleh saya. Akhirnya mak yang membuat keputusan, mak cakap siapa pun yang masuk meminang kali ini, mak akan terima. Alahai mak.. luluh hati ni mendengarkan kata-kata muktamad itu. Masa tu saya fikir kan bagus kalau awak ada, mesti awak akan lindungi saya. Mesti awak akan jaga saya sekarang ni. Serius, saya rindu sangat kat awak. Saya teringin sangat nak tengok awak, nak jumpa awak dan nak lepaskan semua tekanan saya sekarang ni kat awak.

Awak.. Mak cakap hari ini ada orang datang nak meminang saya. Maksudnya selepas hari ini saya bakal jadi tunangan orang. Saya tak tanya pun kat mak siapa orang tu. Saya tak nak ambil tahu sebab sekarang saya tak ada hati langsung. Lagipun saya tak nak lah buat mak risau pasal saya lagi. Mak tu kalau risau nanti darh tinggi nya akan bertambah lagi. Saya redha je awak. Mungkin pilihan ibu adalah yang terbaik. Itu lah cara saya nak tenangkan hati ni awak. Saya sebenarnya pun hairan, macam mana lah saya boleh ingatkan awak lagi sedangkan dah sepuluh tahun kita tak bertemu.

Awak.. saya dah sah jadi tunangan orang. Tapi saya tak tau pun nama tunang saya tu. Kejam kan saya awak. Tapi saya nekad untuk melupakan awak. Buat apa ingat pada orang yang saya tak tahu khabarnya kan. Dan tak lama lagi saya bakal menjadi milik orang. Saya harus lupakan awak sepenuhnya. Maafkan saya sebab tak dapat nak tunggu awak lagi. Dah lama sangat saya menunggu. Bak kata mak, agaknya pokok dah tumbang pun buah tak jugak gugur. Huhuhu... mak memang hebat bab membelitkan peribahasa nie. Hehehe...
Kalaulah awak ada kat sisi saya waktu ni saya nak awak tahu yang saya sangat cemas dan risau menunggu cincin disarungkan ke jari saya. Serius, saya tak tahu siapa suami saya tapi awak saya akan hormat dia dan sayang dia sebagai suami saya. Awak..saat jari manis saya disarungkan cincin, dan dahi saya di cium, itulah saatnya saya melihat suami saya. Dan saat itu juga air mata saya mengalir tanpa saya pinta. Awak..... Saya rindukan awak. Kenapa saya nampak wajah awak pada suami saya. Saya nampak seperti awak yang tersenyum pada saya. Benarkah awak yang berda di depan saya? Yang sedang tersenyum pada saya.

Awak.. Saya tak tahu macam mana nak memulakan kata-kata. Benar saya terkejut melihat awak berada di depan saya.  Kenapa saya tak tahu yang awak dah balik ke sini. Saya seorang je ke yang tak tahu awak dah balik? Awak.. Awak cakap awak rindukan saya tapi kenapa sepuluh tahun awak tak menghubungi saya?? Lama sangat tu awak. Saya menangis dan melepaskan semua tekanan saya kat awak. Hampir dua jam jugak saya menangis sampaikan awak kalut dan mak siap nak panggilkan ustaz lagi risau kalau saya kena sampuk. Lepas nangis saya terus tertido. Hahaha... Awak dan semua yang ada kat rumah malam tue terdiam.

Awak.. Terima kasih sebab masih berpegang pada janji lagi. Awak tak menghantar khabar sebab awak sakit kat sana. Awak cakap setahun lepas awak kat sana awak jatuh sakit. Mujurlah ketumbuhan pada perut awak tu dapat dikesan diperingkat awal. Jadi harapan untuk sembuh tinggi. Mesti awak menderita kan kat sana. Iyalah kan, sudahlah berada jauh dari keluarga terpaksa pula melawan penyakit sendirian. Maafkan saya kerana berprasangka buruk kat awak. Apapun... Kenangan kita dan kisah kita akan menjadi cerita buat anak-anak kita nanti.. Terima kasih kerana masih berpegang pada kata-kata awak..

0 comments:

Post a Comment

sweet corn