Hari ini aku menerima jemputan perkahwinan seorang teman.. Seorang lagi temanku akan meninggalkan alam bujangnya. Ini bermakna makin berkuranglah seorang lagi yang berstatus single. Aku melihat cahaya kegembiraan terpancar di wajahnya. Iye la kan, akan menjadi milik orang tak lama lagi..
Kata mak, kawen tue memang seronok, indah jer.. Tapi kalau tak pandai jaga yang indah akan jadi sebaliknya.. hmmm... Aku mohon penjelasan dari ibu kesayangan ku..
Sebuah perkahwinan terbina atas dasar KASIH SAYANG dan CINTA. Tidak akan bahagia perkahwinan itu kiranya tiada tali pengikat iaitu kasih sayang... KASIH SAYANG adalah segala-galanya.. tanpa kasih sayang hidup tak kan bermakna. Namun perlu di ingatkan jugak, bukan semua orang kahwin di sebabkan kasih sayang sebab kita kan sering juga mendengar ada yang kahwin kerana TERPAKSA. Namun, perkahwinan itu akan indah kalau kita redha dan menitipkan kasih serta sayang dalam hubungan kita itu. Bercinta selepas kahwin kadang-kadang lebih mengembirakan. Kita belajar mengenali pasangan selepas berkahwin.
Betul cakap mak kan. Kasih sayang adalah segala-galanya. Tanpa kasih sayang dunia akan hancur. Tanpa kasih sayang hidup akan merana. Bayangkan lah, manusia tanpa kasih dan sayang akan melakukan apa sahaja, berbunuhan sesama sendiri, menganiyai dan membunuh binatang, memusnahkan alam dan sebagainya. Semua yang berlaku adalah kerana dalam hatinya tiada perasaan kasih dan sayang..
Tapi di mana kasih sayang ini bermula?? Bagaimana ingin memupuk kasih sayang?? Hmmm.. Orang kata segalanya bermula dari saat di lahir kan. Saat kita di lahirkan, kita ibarat sehelai kain putih, bersih tanpa cela.. ibarat sebuah tanah kosong yang masih subur. Tanah yang akan di semai benih oleh orang sekeliling, oleh ibu bapa, keluarga, saudara, jiran tetangga dan juga sahabat. Benih inilah yang akan menghasilkan kasih sayang, cinta, benci, hormat dan sebagainya. Ia terpulang kepada benih apa yang dicampakkan di atas tanah itu. Benih itu akan bercambah mengikut keadaan sekeliling. Sebab itu orang kata kalau nak mendidik anak biarlah dari kecil lagi.
Bila sudah dewasa sukarlah untuk mendidiknya. Didiklah dengan kasih sayang kerana ia akan menghasilkan cinta. Jangan didik dengan kemarahan kerana ia akan membuahkan kebencian.
Itulah sebabnya kasih sayang itu sangat penting dalam perhubungan kita. Semoga kasih sayang yang erat akan menghasilkan sebuah cinta yang indah....
0 comments:
Post a Comment