Aku sering bertanya pada diri ku kenapa hidupku tidak pernah berhenti dari pelbagai musibah dan bala? Satu hari aku, aku berbual-bual dengan seorang pakcik. Aku terus bertanyakan soalan yang sentiasa bermain di benak ku. Aku ceritakan segalanya kepada pakcik itu. Sesekali aku ingin mendengar jawapan dari orang-orang yang berpengalaman.
Pakcik tersenyum ketika aku mengajukan pertanyaan tersebut.. Lama dia mendiamkan diri sebelum menjawab. Aku fikir dia mesti ingin mencari jawapan yang sesuai..
“Macam ni la nak.. soalan anak tue seperti orang yang tak bersyukur dengan hidup.. Maafkan pakcik sekiranya kata-kata pakcik mengguris hati anak ni. Tapi anak patutnya bersyukur kerana dapat bernafas di muka bumi nie. Masalah yang datang dalam hidup kita ni jangan lah sesekali kita anggap sebagai bala.. Anggaplah ia ujian dan dugaan daripada Yang ESA kepada kita. DIA tidak akan menduga kita sekiranya DIA tahu kita tidak mampu menghadapinya. Setiap ujian tu kita harus terima dengan redha. Sesungguhnya ujian dan dugaan yang di berikan adalah tanda Dia menyayangi kita. Sebab itu kita kena Tabah menghadapi apa jua dugaan yang mendatang. Kalau anak rasa betapa beratnya ujian NYA, pernahkah anak terfikir yang ada orang lain yang ujian, dugaannya lagi berat dari anak?? Pernahkah anak terfikirkan itu??”
Aku terdiam mendengar kata-kata pakcik tu. Memang benar orang lama memang banyak pengalaman.
“Kamu tahu tak, apa yang berlaku kalau kamu anggap itu musibah dan bala, ia akan membuatkan kita boleh hilang pertimbangan dan mula menyalahkan takdir.. Namun, kalau kita anggap itu ujian bagi kita untuk meningkatkan ketakwaan kita kepada Yang ESA, INSYAALAH... Kita akan lebih tenang dalam menghadapinya”
Benar kata pakcik ini.. Hatiku menerima setiap patah kata pakcik tadi. Benar-benar menusuk ke hatiku.. Aku merasa lebih tenang dari sebelum nie.. Syukurlah...
Bersabarlah dengan setiap dugaan yang datang. Sesungguhnya itu adalah ujian dariNYA untuk menguji kekuatan dan keimanan hamba NYA. Hanya Al-Quran ubatnya, Solat Kekuatannya dan Doa penghubungnya.... Semoga Tabah Menghadapi Setiap Ujian yang melanda...
0 comments:
Post a Comment