Monday, September 26, 2011

Kisah saya dan kamu..

Kamu : Awak… Awak sayang saya tak??
Saya : Mestilah saya sayang awak..
Kamu : Banyak mana sayang awak tu??
Saya : Saya sayangkan awak macam awak sayangkan sayala...
Kamu : Mana boleh camtu.. Mestilah saya sayangkan awak lebih dari awak sayangkan saya sebab awak  adalah segalanya dalam hidup saya.
Saya : kalau camtu, awak jugak adalah segalanya jugak dalam hidup saya.
Kamu : Awak…Saya janji apa pun yang berlaku saya akan menyayangi awak sampai bila-bila. Awak kena  ingat tu.


*************
Saya       : Kenapa awak nak tinggalkan saya? Dah tak sayang saya lagi ke?
Kamu     : Saya tak suka kat awak lagi.. Maaf, mungkin perkenalan kita satu kesilapan…


****************


Kejam kan ayat terakhir awak pada saya. Mulai hari itu, saya bernekad akan membenci awak dan tak kan maafkan awak. Mendengar nama awak pun saya tak ingin, apatah lagi memandangnya. Dan, sejak itu juga saya tak pernah ambil tahu pasal awak. Bagi saya awak dah menghancurkan segalanya. Menghancurkan kebahagiaan, dan kegembiraan saya. Dan seperti kebiasaannya, pada blog saya luahkan segalanya.


HATI YANG DIHANCURKAN..
Hari ini hati ini telah dihancurkan oleh seorang insan yang bergelar LELAKI. ‘Saya tak suka awak lagi..Maaf, mungkin perkenalan kita satu kesilapan’. Hahaha.... Apakah ia satu kesilapan?? Atau kau sebenarnya mempunyai insan lain. 

Mudahnya kau berubah, andai dulu cinta seumpama bintang dilangit, sanggup terjun walau lautan api sekalipun. Sanggup berkorban apa saja demi cinta ini. Ahhhh!! Sangat-sangat menyakitkan untuk diingati namun ini adalah kali terakhir aku mengingati tentang kamu dan cinta kita. Jangan ada lagi kisah antara kita selepas ini kerana kehadiranmu akan menambahkan kelukaan ini. Akan ku sematkan kebencian ku terhadapmu dan kamu tidak akan aku maafkan sampai bila-bila. Kau telah menghancurkan seluruh hati dan perasaanku.

Mudahnya melafazkan kata, janji manis..namun sukar untuk menunaikannya kan. Kenapa berjanji, sumpah dan setia andai diri tak mampu melaksanakan. Hati ini terlalu kecewa, hati ini terlalu marah kerana diri dikhianati. Kenapa tiada sebab kau tinggalkan aku?? Pergi hanya dengan kata-kata yang merobek hati ini. Maaf??? Mudahnya melafazkan tapi sukar untukku menerimanya. Kerana aku sebenarnya ingin penjelasan yang kukuh kenapa kau pergi meninggalkan aku. Mungkin kerana insan ketiga aku kau lupakan.Tidak pernah sekalipun dalam diri ini menyesal mengenali mu, namun kenapa kau mengatakan hubungan ini satu kesilapan??

Apakah kerana sudah ada bidadari yang cantik hadir dalam hatimu sehinggakan aku yang telah lama menapak dihatimu boleh kau padam begitu sahaja. Apakah kau lupa segala janji mu dulu?? Atau kau sememangnya berjanji kosong, hanya manis di bibir tapi pahit di hati.. Pahit jua yang aku rasa. Tangisan ku kau tak dengar, air mata ku kau tak lihat.. kerana waktu ini kau tiada di sampingku.

Mudahnya melupakan segala janji, mudahnya melupakan segala memori... Atau sememangnya memori kita bagi kamu bagaikan air yang mengalir... Tidak kekal di situ, terus mengalir pergi... kamu...kamu... dan kamu... pergilah jauh dariku, aku akan melupakanmu seperti mana kamu melupakan aku. Biar lah masa yang menentukan tapi andai kamu ingin kembali, aku tidak akan menerimanya lagi. Bukan dendam yang ingin aku pahatkan di hati ini, tapi kerana kamu meninggalkan tanpa penjelasan, dan kamu meninggalkan aku dengan satu kata yang tak akan aku lupakan sampai bila. Andai kamu membacanya, aku ingin kamu tahu yang jangan pernah kau hadir lagi dalam hidupku selepas ini... Jangan pernah kau Muncul lagi... Dan thanks a lot... Thanks for everything... Terima kasih atas segala-galanya....

**************

Blog  itulah yang menjadi tempat saya meluahkan segalanya. Saya tahu awak mesti akan baca blog saya kan.. Tapi mungkin selepas perpisahan kita, awak tidak lagi membaca entri kat blog saya kan... Kebiasaanya apa je yang saya masukkan, yang saya tulis kat blog, awak mesti akan bagi respon. Rasanya semua kot ada komen dari awak. Dan sememangnya selepas hari itu, sudah tiada lagi komen awak untuk saya. Namun, saya pelik sebab ada seorang insan yang sentiasa memberi respon pada blog saya. Awak nak tahu tak, bila saya bukak blog dia, segalanya tentang kemaafan. Saya pernah berdebat dengan nya kerana bagi saya sukar untuk memberi kemaafan. Dan dia pernah memberitahu saya yang dia telah melakukan satu kesilapan pada seseorang yang mungkin orang itu takkan maafkan. Bila saya tanya kenapa, dia cakap biarlah rahsia. Awak tahu kan, saya tak kan memaksa orang untuk bercerita kalau dia tak mahu. Tapi ada satu coretan pada blognya yang menarik perhatian saya..

HATI YANG AKU LUKAI..

Untuk insan yang aku lukai hatinya, aku mohon maaf. Biarpun ku tahu walau beribu kemaafan aku pohon, belum tentu satu pun kau terima.

Untuk insan yang aku lukai hatimu, mungkin sudah sampai masa untuk aku berterus terang. Bukan niat aku untuk meninggalkan mu tanpa kata, bukan niat aku untuk melepaskan mu dengan satu kata yang aku tahu kau tak kan melupakannya. Maafkan aku sekali lagi kerana melukai hatimu.
Sesungguhnya aku tidak pernah melupakan janjiku padamu, aku tidak pernah melupakan kenangan antara kita kerana hanya kenangan itu yang aku ada. Jasadmu mungkin tak dapat kau miliki namun biarlah kenangan kita saja yangg aku miliki.

Buat insan yang telah aku lukai hatinya... aku tahu aku tak mungkin melihat senyuman mu lagi, tak mungkin dapat mendengar gelak tawamu lagi, dan tak mungkin akan mendengar suara mu lagi.. Tapi percayalah betapa aku rindu akan semua itu. Ingin sekali aku mendengarnya biarpun untuk kali terakhir... Mungkin semua itu akan membahagiakan aku tapi akan membuat kau lebih menderita.
Bukan aku tidak ingin kau tahu sebabnya, tapi aku tidak ingin kau bersedih dan aku hanya ingin kau berbahagia. Cukuplah kiranya aku melihat dirimu dari jauh, memandangmu tanpa kata, dan mengikuti perkembanganmu tanpa kau sedari. Aku hanya ingin memastikan kau sentiasa dalam keadaan yang baik.

Maafkan aku sekali lagi. Aku tahu kau menderita, namun aku tidak ingin kau terus menderita andai kau bersama denganku... seminggu sebelum kita bertemu buat kali terakhir, aku di khabarkan dengan satu berita yang cukup-cukup membuatkan dunia ku gelap.. Kanser paru-paru. Iya!! Aku mengidap penyakit ini biarpun aku bukanlah seorang perokok. Namun, takdir Tuhan siapa yang mampu menghalang. Kerana itu aku membuat keputusan untuk melepaskan mu. Aku tidak ingin menjadi beban mu dan aku tidak ingin kau melihat betapa kesiannya aku di saat-saat akhir ini. Aku sendiri tidak mampu menerima hakikat ini namun mujurlah ada umi dan abah yang membantuku. Memulihkan semangatku. Dan aku kuat untuk kamu...

Maafkan aku sayang... Hari ini aku seperti ingin menulis tanpa henti.. Aku ingin menjelaskan segalanya kepadamu.. Namun aku tidak berdaya kerana coretan hari ini Umi yang tulis, aku hanya memberitahu kerana untuk menekan perkataan pada keyboard pun aku tidak mampu lagi.. Terima kasih umi kerana membantuku..
Dan buat insan yang aku lukai hatinya, aku mohon kemaafan darimu. Bukan niatku untuk melukakan hatimu, namun aku terpaksa. Terpaksa tanpa relaku. Sesungguhnya hanya kamu yang aku sayang dan cintai sampai ke hembusan terakhirku... Terima kasih kerana hadir dalam hidupku...

Ya Allah... Menitis air mata ini tatkala membaca coretan itu...Saya mintak maaf awak. Sebaik sahaja saya membaca entri yang awak tulis barulah saya tahu awak adalah orang yang saya cintai. Awak buat blog lain semata-mata tak nak saya tahu yang awak masih mengikuti perkembangan saya. Kenapa awak tidak berterus terang dengan saya yang awak sakit. Saya kan dah janji yang saya akan sayang awak sampai bila-bila, kalau awak sakit saya akan jaga awak. Kenapa awak tak benarkan saya berada di sisi awak???

Awak tahu tak, saya segera hubungi umi untuk tanya keadaan awak. Masa tu umi kata masa awak dah tak lama. Awak tahu tak saya  bawak kereta sambil nangis, jalan pun saya tak nampak. Sebab tu la saya terlanggar divider. Nasib baik tak ada pape. Masa tu saya pikir nak jumpa awak, saya nak cakap yang saya masih sayangkan awak, saya nak awak sihat, saya tak nak awak tinggalkan saya lagi. Saya risau sangat takut tak sempat nak jumpa awak.. Dan, saya sempat tengok awak senyum, tak sempat nak cakap pape pun awak dah pergi tinggalkan saya. Akhirnya saya rebah kat situ jugak. Bila saya sedar awak memang dah tak ada. Umi lah yang menenangkan saya.
Awak..hari-hari saya tengok, baca blog awak. Itulah cara saya mengubat rindu saya pada awak.. Tak sangka semuanya tentang saya kan. Dan sekarang saya dah mula redha dengan pemergian awak. Semoga awak tenang dan roh awak dicucuri rahmatnya..

0 comments:

Post a Comment

sweet corn