Wednesday, June 15, 2011

Di hati kita..


Semalam  dengan nyatanya dia menjadi hak orang lain. Ternyata dia bukan milikku. Ya Tuhan, kenapa sukar untuk aku menerima kenyataan bahawa dia tidak tercipta buat ku?? Dia lebih tegar memilih insan lain berbanding aku. Sejak mendengar berita persandingan dia, aku merasa sakit sangat, hati ini terguris, kecewa yang amat. Kenapa sukar untuk aku melupakan dia??
Ku luahkan apa yang ku rasa kan kepada sahabatku. Sakitnya hati bila di lukai. Tapi tenang sahabatku menjawab….


“Cintai lah DIA lebih dari awak menyintai dia, letakkan keutamaan awak pada DIA, kerana bila awak meletakkan DIA di hati awak, hidup awak akan lebih tenang. Maaf sebab saya bukanlah pandai sangat menasihati orang, dan saya bukanlah seorang ustaz.. Apa yang dapat saya kata kan letakkan lah DIA paling atas dalam hidup kita.”


Aku terdiam seketika. Ayat nya tidak lah panjang berjela tapi cukup mendalam maksudnya.. Mungkin benar kata sahabatku, sekiranya kita mengingati DIA, kita akan merasa ketenangan. Dan aku mula belajar menerima hakikat bahawa cinta sesama manusia tidaklah kekal seperti cinta kita pada yang MAHA PENCIPTA. 


Hari ini aku ingin menjadi hambanya yang sentiasa mengingatiNYA, yang meletakkan dia paling atas dalam hidupku. Semoga aku akan merasa lebih tenang dengan menyintai DIA dan mengasihi RasulNYA. Terima kasih buat sahabat kerana mengingatkan aku.. Mungkin aku tersasar seketika, hanyut dengan cinta dunia hingga lupa pada cinta yang hakiki…

0 comments:

Post a Comment

sweet corn